Judul : Malaysia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al Aqsa
link : Malaysia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al Aqsa
Malaysia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al Aqsa
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar menyatakan tindakan itu merupakan satu bentuk pencabulan undang-undang dan kebebasan bagi umat Islam.
"Tindakan provokatif itu disifatkan sebagai pencabulan yang dibuat secara terang terhadap kesucian tempat beribadah bagi umat Islam, selain merampas hak umat Islam untuk beribadah.
"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana hak untuk beribadat mengikut kepercayaan masing-masing dijamin oleh undang-undang antarabangsa," katanya.
Malaysia menggesa agar Israel segera membuka kembali Masjid Al-Aqsa kepada umat Islam bagi mengerjakan ibadat dan agar tidak menganggu status masjid berkenaan sebagai rumah suci bagi orang Islam.Bagaimanapun, portal AlJazeera melaporkan hari ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata masjid itu akan dibuka semula pada Ahad.
Penutupan yang dilakukan buat pertama kali pada Jumaat itu telah meningkatkan ketegangan dalam hubungan Israel-Palestin.
Pejabat Netanyahu berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu, para pengunjung, umat Islam dan pelancong akan dibenarkan memasuki kawasan itu "secara beransur-ansur".
Kawasan yang sensitif itu ditutup selepas tiga warga Arab Israel menembak mati dua pegawai polis Israel di kawasan itu sebelum melarikan diri ke kawasan masjid di mana mereka telah dibunuh oleh polis.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfiAvs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Malaysia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al Aqsa
Anda sekarang membaca artikel Malaysia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al Aqsa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/malaysia-kutuk-tindakan-israel-tutup.html
0 Response to "Malaysia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al Aqsa"
Catat Ulasan