Loading...

Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid

Loading...
Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid
link : Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid

Baca juga


Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid

BERA – Malaysia berkemungkinan memiliki akademi golf pertama bagi mengasah bakat pelajar dalam sukan ini yang akan diadakan di Padang Golf Awam Majlis Daerah Bera.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata kementerian akan meninjau kesesuaian padang golf yang terletak tujuh kilometer daripada bandar Bera itu setelah ditawarkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Parlimen Bera.

Beliau menambah beliau akan mengarahkan Pengarah Bahagian Sukan kementerian, Dr Mehander Sigh untuk meninjau dan berbincang dengan Pegawai Daerah Bera, Datuk Razihhan Adzharuddin bagi mendapatkan perincian perkara itu Isnin ini.

“Setakat ini kita masih tidak mempunyai satu akademi khusus dalam bidang sukan golf sedangkan akademi serupa telah diwujudkan di negara lain yang terbukti berjaya melahirkan pemain golf berjaya bagi mewakili negara mereka.

“Kita sudah ada pelajar yang bermain golf di peringkat negeri masing-masing dan setiap tahun kita menghimpunkan kira-kira 30 pemain di kem yang diadakan di Kuala Lumpur pada musim cuti sekolah untuk tempoh selama 10 hari,” katanya kepada pemberita.

Mahdzir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera 2017 di Kompleks Rakan Muda Bera hari ini.

Turut hadir Ismail Sabri yang juga Ketua Bahagian UMNO Bera dan barisan kepimpinan parti bahagian iaitu  Sabariah Saidan (Wanita), Mohd Zoolihsan Ahmad (Pemuda) dan Salmiah Ab Rahman (Puteri).

Beliau berkata penubuhan akademi itu kelak akan membolehkan pemain cilik negara menjalani latihan dengan lebih kerap dan mendapat tunjuk ajar daripada golongan profesional tanpa meninggalkan bidang akademik mereka.

Ismail Sabri berkata padang golf awam itu jarang digunakan selain terdapat sebuah sekolah berasrama berhampiran padang golf itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tT2Spv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid

Sekianlah artikel Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/malaysia-mungkin-bina-akademi-golf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia Mungkin Bina Akademi Golf – Mahdzir Khalid"

Catat Ulasan

Loading...