Loading...

Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu

Loading...
Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu
link : Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu

Baca juga


Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu

 
 


Apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan angkuhnya menobatkan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu, ia telah menghantar suatu mesej yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia berkenaan cita-cita parti itu.


Roslan Shahir Mohd Shahir, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor berkata walaupun DAP tidak bertanding di Kelantan, namun dengan penabalan Husam itu menunjukkan parti itu dominan dalam Pakatan Harapan yang boleh menentukan kedudukan Perdana Menteri di peringkat Persekutuan dan Menteri Besar di peringkat negeri.

“Benar DAP tidak bertanding di Kelantan lalu apa kalutnya, tetapi senario politik negara bukan sekadar ditentukan di Kelantan.

“DAP mahu berkuasa dan berpengaruh di peringkat Federal sebagaimana cita-cita mendiang Lee Kuan Yew dulu ketika PAP masuk bertanding di Tanah Melayu.

“Penguasaan di Federal nanti akan mempengaruhi penguasaan di negeri-negeri termasuk Kelantan,”katanya dalam Facebook.

Tambahnya, apabila Kit Siang mensasarkan Kelantan, ia telah mengesahkan bahawa DAP anti-Islam yang sedang berusaha untuk merubah kerangka pentadbiran negeri selaras dengan matlamat DAP memperkasakan negara sekular.

“DAP lihat PAS sebagai tembuk penghalang terbesar penguasaan politiknya. DAP mahu Islam yang liberal dalam kerangka negara sekular. PAS tidak terima malah tentang dan berpatah arang dengannya kerana mempertahankan kedaulatan dan prinsip Islam.

“Kerana itu DAP lahirkan parti liberal umpama PAN untuk diperkakaskan sebagai pengganti PAS.

“Bukankah DAP yang paling kuat dan lantang menentang RUU355 dan RUU ini sebenarnya adalah kesan dari inisiatif PAS Kelantan. Usaha umat Islam untuk memperkasa dan memartabatkan agama mereka terang-terang ditentang DAP.

“Kita umat Islam khasnya terutama bangsa Melayu biarlah prihatin dan sedar. Jangan sesekali terlena termakan tuba bisa puak sekular anti Islam ini yang matlamatnya untuk memecah-belahkan perpaduan ummah dan melahirkan sebuah negara Malaysia yang sekular berlandaskan konsep “Malaysian Malaysia,”katanya lagi.

Lima hari lepas, Kit Siang secara terbuka menamakan Husam sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baharu dalam satu majlis sambutan Aidilfitri anjuran DAP cawangan Suara Muda, Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kota Bharu.

Turut menemani Kit Siang dalam program itu adalah Liew Chin Tong, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, iaitu seorang yang diiktiraf parti itu sebagai pemikir politik parti dalam bekerjasama dengan parti-parti lain..

Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Penasihat Umum PAN, Ustaz Ahmad Awang yang turut hadir dalam program itu memperlihatkan gerak geri bersetuju dengan cadangan penasihat DAP itu.

Lebih menarik lagi, gelagat Ustaz Ahmad yang dilihat bertepuk tangan sebagai tanda bersetuju.



Demikianlah Artikel Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu

Sekianlah artikel Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/mesej-sebenar-dap-apabila-tabal-husam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mesej Sebenar DAP Apabila Tabal Husam Sebagai MB Kelantan Baharu"

Catat Ulasan

Loading...