Loading...
Judul : Miri Mampu Jana Pendapatan Buat Sarawak
link : Miri Mampu Jana Pendapatan Buat Sarawak
Miri Mampu Jana Pendapatan Buat Sarawak
Miri yang merupakan bandar kedua terbesar di negeri ini dilihat mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Bandar raya yang menghimpunkan masyarakat Iban, Melayu, Kedayan, Cina, Kelabit, Kayan, Kenyah dan Lun Bawang hidup harmoni dengan satu sama lain walaupun perbezaan dalam bangsa, agama, bahasa dan latar belakang sosial.
Memetik laporan The Borneo Post, Tengah berkata, beliau percaya bandar raya itu mampu menjadi pemangkin pembangunan ekomomi Sarawak.
"Kehadiran Shell dan syarikat petroleum lain sebagai daya tarikan kepada golongan ekspatriat untuk bekerja dan tinggal di sini justeru menjadikan bandar kosmopolitan ini berkembang pesat.
"Pertumbuhan industri perkayuan, kelapa sawit dan industri perkhidmatan seperti pelancongan dan pendidikan juga turut mendorong ekonomi Miri ke arah lebih maju," katanya.
Awang Tengah yang juga Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pelaburan serta Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar juga berkata bahawa banyak tarikan alam semulajadi seperti Taman Nasional Gunung Mulu dan Loagan Bunut yang dilabel Warisan Dunia telah menjadikan Miri sebagai 'Resort City'.
"Dengan adanya sambungan tanah dan udara yang baik ditambah dengan tarikan semula jadi yang indah ini, Miri telah meletakkan dirinya sebagai destinasi pelancongan utama," ujarnya.
Selain itu, dari segi pendidikan pula, Tengah berkata penubuhan kampus Curtin University Sarawak, Kolej Tanjong Lobang, Kolej Latihan Guru Sarawak, serta pelbagai institusi teknikal dan vokasional, telah beransur-ansur mengubah bandar menjadi hab pendidikan di wilayah utara negeri ini.
"Semua ini telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi Miri, memberikan peluang kepada masyarakat kita memperolehi peluang pekerjaan dan mengembangkan perniagaan. Kami ingin melihat kemajuan ekonomi negeri secara berterusan selaras dengan permintaan ketua menteri kita untuk memanfaatkan ekonomi digital," jelasnya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2swAcTv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Miri Mampu Jana Pendapatan Buat Sarawak
Sekianlah artikel Miri Mampu Jana Pendapatan Buat Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Miri Mampu Jana Pendapatan Buat Sarawak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/miri-mampu-jana-pendapatan-buat-sarawak.html
0 Response to "Miri Mampu Jana Pendapatan Buat Sarawak"
Catat Ulasan