Loading...

Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS

Loading...
Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS
link : Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS

Baca juga


Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS


KUALA LUMPUR: Malaysia berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memerangi keganasan demi mencapai objektif bersama ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan untuk semua, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, selain berkongsi kepentingan dan nilai-nilai, yang amat penting pada masa ini ialah kedua-dua negara berkongsi komitmen untuk memerangi ekstremisme dan menumpaskan keganasan walau di mana ia bertapak.

Beliau berkata AS menjadikan usaha mengekang keganasan sebagai satu daripada keutamaannya sambil menegaskan AS mendapati bahawa tidak ada negara sekutu yang begitu menunjukkan kesungguhan dan lebih dipercayai dalam kempen ini selain Malaysia.

"Walaupun kami bernasib baik kerana tidak pernah mengalami serangan pengganas Daesh atau berkaitan Al Qaeda yang membunuh begitu ramai mangsa di Amerika, kita tidak kebal.

"Serangan pertama berkaitan Daesh yang berjaya berlaku di luar Kuala Lumpur pada Jun 2016. Lapan orang cedera, tiada yang maut. Tetapi itu bukan kerana mahu mencuba,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia sempena sambutan 60 tahun Amerika Syarikat-Malaysia Selasa malam.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir Min, Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib seterusnya berkata, perkhidmatan keselamatan Malaysia telah berjaya mematahkan banyak komplot dan layak diberi setinggi-tinggi pujian atas usaha tanpa mengenal erti penat walaupun kebanyakan kejayaan itu tidak didendang tetapi dapat memastikan rakyat selamat dan terjamin.

"Kaedah yang digunakan AS dan program deradikalisasi kami yang sangat produktif dalam pemulihan ekstremis dengan kadar kejayaan lebih 90 peratus, adalah model bagi negara-negara di seluruh dunia.

Najib juga berkata komitmen Malaysia kepada kesederhanaan juga telah diiktiraf di peringkat tertinggi antarabangsa yang menubuhkan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, konsep Wasatiyyah, dan penubuhan Pusat keamanan Atarabangsa Raja Salman di Malaysia.-Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNX8cW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS

Sekianlah artikel Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/najib-gesa-tingkatkan-kerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Gesa Tingkatkan Kerjasama Dengan AS"

Catat Ulasan

Loading...