Judul : Najib kecewa dan malu dengan tindakan tak senonoh lelaki cabul poster gadis shell
link : Najib kecewa dan malu dengan tindakan tak senonoh lelaki cabul poster gadis shell
Najib kecewa dan malu dengan tindakan tak senonoh lelaki cabul poster gadis shell
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti memperlakukan wanita sebagai objek, sebaliknya menjadi lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.
Perdana Menteri berkata beliau kesal dengan peristiwa membabitkan poster gadis iklan sebuah syarikat minyak yang tular baru-baru ini, walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka.
“Tindakan mereka yang terlibat membuat aksi-aksi yang tidak senonoh walaupun terhadap poster, sangat mengecewakan, memalukan dan bertentangan dengan budaya serta peradaban kita,” kata Najib menerusi catatan dalam laman rasmi blog beliau, www.najibrazak.com, malam ini.
Perdana Menteri berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu penghinaan dan kurangnya rasa hormat segelintir pihak terhadap kaum wanita.
“Berhentilah memperlakukan wanita sebagai objek. Kita bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk kaum wanita yang juga merupakan ibu, isteri, anak atau adik beradik kita.
“Walaupun ada yang berniat untuk sekadar berjenaka, saya mahu kita semua lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.
“Bayangkan jika perlakuan serupa dilakukan terhadap ahli keluarga kita sendiri sama ada anak, ibu, kakak atau pun adik?” kata Najib.
Sehubungan itu, perdana menteri berharap masyarakat kembali berpegang kepada prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Menurutnya budaya hormat-menghormati merupakan elemen penting untuk setiap manusia terus hidup bersama secara aman dan damai.
“Islam juga mengajar kita untuk menghormati wanita, malah turut meletakkan mereka di kedudukan yang tinggi sebagaimana perkongsian saya yang lepas di http://ift.tt/2uWHbSm,” kata Najib.
Sumber: MK
Sumber Najib kecewa dan malu dengan tindakan tak senonoh lelaki cabul poster gadis shell
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t05uNz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Najib kecewa dan malu dengan tindakan tak senonoh lelaki cabul poster gadis shell
Anda sekarang membaca artikel Najib kecewa dan malu dengan tindakan tak senonoh lelaki cabul poster gadis shell dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/najib-kecewa-dan-malu-dengan-tindakan.html
0 Response to "Najib kecewa dan malu dengan tindakan tak senonoh lelaki cabul poster gadis shell"
Catat Ulasan