Loading...

Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad

Loading...
Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad
link : Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad

Baca juga


Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dinasihatkan agar menghentikan sikapnya yang suka menimbulkan konfrontasi dengan kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi dengan tindakan kerajaan pusat yang pantas turun padang dalam menangani permasalahan rakyat di Selangor.

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, Iskandar sendiri mengakui jangan ada konfrontasi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Namun melalui kenyataan yang dibuatnya, saya nampak beliau sendiri yang cuba mewujudkan konfrontasi antara kerajaan negeri dan juga persekutuan.

“Oleh itu, saya ingatkan beliau agar terus buat kerja dan jangan cakap banyak. Kalau nak bantu rakyat sila tunjukkan, jangan gelabah bila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar turun padang,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Iskandar agar kerajaan persekutuan menghentikan konfrontasi dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pemuda Umno Bahagian Shah Alam di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan, di sini hari ini.

Menurutnya, konfrontasi yang diwujudkan kerajaan negeri makin jelas melalui tindakan mereka mengenakan premium yang tinggi ke atas tanah bagi pembinaan Balai Bomba di Setia Alam.

“Saya nampak mereka sengaja letak premium yang tinggi seolah-olah sengaja mahu menyusahkan kerajaan persekutuan yang berusaha untuk membantu penduduk di Setia Alam dan persekitaran mewujudkan Balai Bomba di situ.

“Mereka sedia maklum kerajaan persekutuan sudah keluarkan bajet, pemaju pula sudah serahkan tanah kepada kerajaan negeri untuk kelulusan balai bomba, jadi mereka perlu mempermudahkan usaha itu demi kebajikan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa selama dua penggal kerajaan Pakatan Harapan memerintah Selangor, aspek kebajikan rakyat tidak diberi keutamaan khususnya di Shah Alam apabila sehingga kini mereka gagal menggantikan tangki air yang baru apatah lagi membaikpulih yang sedia ada.

Terdahulu, Iskandar melalui satu kenyataan media berkata, kerajaan negeri akan membatalkan keistimewaan yang diberikan kepada Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) jika kerajaan pusat terus mengambil sikap berkonfrontasi dengan kerajaan negeri di dalam isu-isu perumahan.

Iskandar turut mendakwa kerajaan pusat dilihat lebih berminat untuk menyerang kerajaan negeri berbanding menyelesaikan masalah rakyat khususnya dalam isu pengurusan PPR Taman Putra Permai.

The post Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAp9s2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad

Sekianlah artikel Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/nasihat-untuk-iskandar-abdul-samad_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nasihat untuk Iskandar Abdul Samad"

Catat Ulasan

Loading...