Loading...
Judul : Nelayan Vietnam Cuba 'Suap' APMM
link : Nelayan Vietnam Cuba 'Suap' APMM
Nelayan Vietnam Cuba 'Suap' APMM
KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini berdepan cubaan suapan rasuah oleh nelayan asing yang ditangkap melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara.
Terbaharu melibatkan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan lebih kurang 62 batu nautika ke tenggara Kuala Kemaman, Terengganu 12.30 pagi tadi.
Menurut Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong dan 20 awak-awak dipercayai warganegara Vietnam berumur diantara 21 hingga 46 tahun di atas bot itu.
Katanya, 12 orang awak-awak daripadanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.
"Semasa pemeriksaan dokumen dibuat, tekong bot telah cuba memberi suapan sebanyak RM1,000 agar bot tersebut dilepaskan.
"Selain itu juga, mereka juga telah melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap spesies ikan yu yang dilindungi.
"Kesemua hasil dianggarkan ikan campur 4,000 kilogram, sotong kering 400 kilogram dan ikan baja 3,000 kilogram, nilai bot dan peralatan dianggarkan lebih kurang RM 1.5 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, aset-aset Maritim Malaysia Wilayah Timur juga sentiasa bersedia untuk memberi bantuan tidak mengira waktu sama ada siang atau malam sekiranya ada berlaku kes-kes kecemasan.
Orang ramai boleh menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Wilayah Timur yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999.-BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2futV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Nelayan Vietnam Cuba 'Suap' APMM
Sekianlah artikel Nelayan Vietnam Cuba 'Suap' APMM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nelayan Vietnam Cuba 'Suap' APMM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/nelayan-vietnam-cuba-suap-apmm.html
0 Response to "Nelayan Vietnam Cuba 'Suap' APMM"
Catat Ulasan