Loading...

Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang

Loading...
Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang
link : Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang

Baca juga


Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang



Apabila menyebut tentang Sarawak dan Sabah, antara imej pertama yang terbayang di benak fikiran adalah juadah yang enak selain daripada keramahan warganya. Tidak ramai yang tahu bahawa terdapat beberapa buah bazar komuniti Borneo di Lembah Klang dan di Johor Bahru yang telah dibuka sejak sekian lama.

Salah satu bazar Borneo yang ada di Lembah Klang terdapat di Seri Kembangan, Selangor yang diusahakan oleh kira-kira 30 orang peniaga. Apa yang menariknya, mereka datang dari pelbagai latar belakang etnik dan dari negeri Sarawak dan Sabah.

Sekitar penghujung Mei lalu, jawatankuasa Pasar Borneo Seri Kembangan telah mengadakan majlis Pre Gawai Kaamatan yang telah menarik kira-kira lebih 5,000 orang pengunjung serta lebih 30 orang peniaga. Majlis ini diadakan sempena menyambut perayaan Keamatan dan Gawai yang dirayakan di Sarawak dan Sabah.

Menariknya, semasa majlis ini berlangsung, pelbagai juadah dari Sabah dan Sarawak dihidangkan dan dijual kepada pengunjung. Tidak terhad dengan itu, pelbagai aksesori komuniti Dayak dan Sabah turut dijual kepada para pengunjung untuk dijadikan kenang-kenangan buat mereka yang baru pertama kali mengunjungi bazar berkenaan.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan ini, jawatankuasa Pasar Borneo Seri Kembangan sekali lagi menganjurkan satu lagi majlis penutup bagi perayaan Gawai dan Kaamatan yang diberi nama, "Ngiling Bidai".

Seperti penganjuran sebelumnya, majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi DUN Balai Ringin, Snowdan Lawan. Kehadiran beliau selaku tetamu jemputan cukup dinantikan tambahan pula pada hari yang sama (Sabtu lalu) majlis yang hampir sama berlangsung di Johor Bahru.

Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan warga Borneo untuk saling berganding bahu dan bantu membantu antara satu sama lain memandangkan mereka berdagang di rantau orang. Malah, dalam majlis yang sama, beliau bersetuju untuk memberi sedikit sumbangan buat jawatankuasa Pasar Borneo Seri Kembangan untuk membantu para peniaga pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri Sarawak tidak pernah melupakan anak perantau negeri yang berada nun jauh di perantauan dan kerajaan Sarawak bersedia pada bila-bila masa membantu komuniti Sarawak dan juga Sabah sekiranya mereka memerlukan apa jua pertolongan dan bantuan.

Untuk rekod, Pasar Borneo dibuka setiap Sabtu di Jalan Jinma 7, PSK 9, 43300 Seri Kembangan, Selangor bermula dari jam 7 sehingga 11 pagi. Antara juadah yang boleh ditemui di Pasar Borneo adalah seperti kek lapis, mee kolok, laksa Sarawak, penganan, penyaram dan banyak lagi.

Tidak kurang juga dengan makanan tradisi Sabah seperti tuhau, mee sabah, kopi Tenom dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan sayur-sayuran yang secara tradisinya menjadi juadah wajib penduduk Borneo seperti Terung Dayak, Midin, Terubok Masin, Umbut Sawit dan macam-macam lagi.




✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMcYVv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang

Sekianlah artikel Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/ngiling-bidai-penyatu-bangsa-dayak-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ngiling Bidai Penyatu Bangsa Dayak Dan Sabahan Di Lembah Klang"

Catat Ulasan

Loading...