Judul : Operasi rabies diperluas ke tujuh kampung susulan kes baharu
link : Operasi rabies diperluas ke tujuh kampung susulan kes baharu
Operasi rabies diperluas ke tujuh kampung susulan kes baharu
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) melalui aktiviti Pengesanan Kes Secara Aktif (Active Case Detection – ACD) telah berjaya mengesan sebanyak 204 kes gigitan anjing dari kawasan Zon Merah dan juga Zon Kuning di Bahagaian Serian.
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin, seramai 154 kes daripada 204 kes yang perlu menerima vaksin telah pun divaksinkan.
“Pasukan kesihatan kini sedang berusaha mengesan kes-kes yang belum datang untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, JKNS juga telah menjalankan aktiviti memberi penerangan dan juga pendidikan kesihatan secara perbincangan individu mengenai wabak Rabies serta cara-cara membersih luka sejurus selepas digigit anjing/haiwan liar.
Setakat ini, jelasnya, seramai 9,229 penduduk dari 3,715 pintu rumah di 96 penempatan telah berjaya diliputi pasukan terbabit.
“Selain itu, JKNS turut membuat hebahan di radio dan televisyen untuk menerangkan kepada umum akan wabak Rabies ini.
JKNS katanya, menyeru mereka yang telah digigit anjing/haiwan liar terutamanya dari kawasan terlibat untuk tampil segera ke Hospital Serian bagi membuat pemeriksaan lanjut pada kadar segera.
Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) memaklumkan sehingga semalam, pihaknya telah memvaksinkan 1,183 binatang peliharaan di tujuh buah kampung yang terlibat dengan wabak rabies iaitu (Kampung Krait, Paon Rimu, Paon Rimu Bakong, Remun, Lebor, Empasa dan Tong Nibong).
Daripada jumlah tersebut, 241 anjing, 929 kucing dan 13 haiwan lain termasuk tupai dan kera.
DVS katanya, juga telah mengadakan sebanyak 52 kempen kesedaran mengenai wabak Rabies ini di kawasan yang terlibat, yang dihadiri oleh 2,736 penduduk kampung.
Operasi pemvaksinan dan kempen kesedaran mengenai wabak Rabies ini, telah dilakukan oleh DVS dengan kerjasama lain-lain agensi kerajaan, NGO dan sokongan daripada kampung yang terlibat.
Pengoperasian ini akan diteruskan di kesemua kampung dalam kawasan yang terlibat dengan wabak Rabies ini.
“Dalam hal ini DVS, memohon kerjasama daripada semua pihak khususnya penduduk kawasan yang terlibat dengan wabak Rabies ini untuk menghubungi Bilik Gerakan DVS di talian 082-612 949 / 611 607 bagi melaporkan sebarang haiwan peliharaan mereka khususnya anjing dan kucing yang berkelakuan luar biasa seperti berubah sikap daripada jinak kepada ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak dan air liur berbuih -SarawakVoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t2BKVf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Operasi rabies diperluas ke tujuh kampung susulan kes baharu
Anda sekarang membaca artikel Operasi rabies diperluas ke tujuh kampung susulan kes baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/operasi-rabies-diperluas-ke-tujuh.html
0 Response to "Operasi rabies diperluas ke tujuh kampung susulan kes baharu"
Catat Ulasan