Loading...
Judul : PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP
link : PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP
PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP
BERNAMAParti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran parti DAP, bukannya meminta parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Naib Presiden PAP, Rahmad Isahak berkata keputusan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC disifatkan sebagai tidak setimpal dengan krisis yang ditimbulkan parti itu sehingga mengelirukan rakyat.
"Kita menunggu siasatan selesai hampir empat tahun dan keputusan ini tidak adil... Mereka (DAP) seharusnya dihukum dengan membatalkan penubuhan parti itu," katanya pada sidang media di Georgetown, hari ini.
Beliau mengulas arahan ROS supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata ROS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Sementara itu Rahmad berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap dakwaan melakukan pelbagai kesalahan dan pelanggaran undang-undang pertubuhan dalam tempoh empat tahun lepas.
Demikianlah Artikel PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP
Sekianlah artikel PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pap-desak-ros-batalkan-pendaftaran-dap.html
0 Response to "PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP"
Catat Ulasan