Loading...
Judul : PAS akui BN belum mampu ditumbangkan kerana...
link : PAS akui BN belum mampu ditumbangkan kerana...
PAS akui BN belum mampu ditumbangkan kerana...
Malaysiakini 3/7/17
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) belum cukup untuk menjadi faktor kekalahan parti pemerintah itu pada pilihan raya umum yang datang.
Ini kerana, jelas Iskandar, pembangkang gagal meyakinkan rakyat penyelesaian kepada masalah-masalah yang membelenggu masyarakat dan negara.
"Kenaikan kos sara hidup dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memang menekan rakyat tetapi rakyat mahu melihat penyelesaian dari pembangkang sebelum memberi undi kepada mereka.
"Rakyat hari ini semakin bijak dan pembangkang tidak boleh sekadar memainkan isu-isu sahaja tetapi rakyat mahu melihat dengan terang dan jelas bagaimana negara ini akan ditadbir jika pembangkang diberi kuasa," kata beliau dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata, pembangkang harus menzahirkan dasar dan polisi untuk semua perkara yang akan memberi kesan kepada hidup rakyat dengan tidak meminggirkan mana-mana isu.
"Oleh itu, amat penting bagi para pemimpin politik untuk turun ke bawah dan bertemu rakyat di akar umbi. Dapatkan maklumat yang tepat. Apa yang penting kepada pemimpin politik tidak semestinya penting kepada rakyat," tambahnya.
Pada masa yang sama, Iskandar menambah, kejayaan pentadbiran di Selangor dan Kelantan juga mesti diberi publisiti yang meluas untuk meyakinkan rakyat akan kemampuan pembangkang.
"Tetapi pembangkang tidak boleh merasa terlalu yakin walaupun BN sedang sarat dengan masalah seperti isu 1MDB kerana di dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Tambahan pula jika tarikh pilihan raya masih jauh lagi," jelasnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGriOn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel PAS akui BN belum mampu ditumbangkan kerana...
Sekianlah artikel PAS akui BN belum mampu ditumbangkan kerana... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS akui BN belum mampu ditumbangkan kerana... dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pas-akui-bn-belum-mampu-ditumbangkan.html
0 Response to "PAS akui BN belum mampu ditumbangkan kerana..."
Catat Ulasan