Loading...

Patutkah Berbaju Melayu?

Loading...
Patutkah Berbaju Melayu? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Patutkah Berbaju Melayu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Patutkah Berbaju Melayu?
link : Patutkah Berbaju Melayu?

Baca juga


Patutkah Berbaju Melayu?


Sebut saja baju raya lelaki, pastinya baju Melayu yang terlintas dalam fikiran. Jauh sekali baju berkolar, kemeja-T dan pakaian lain yang tidak melambangkan budaya ketimuran. Biarpun zaman sudah moden dan ada pengganti baju tradisi ini, masih ramai anak muda yang berbangga berbaju Melayu pada pagi 1 Syawal. 

Persalinan tradisional ini pasti lebih lengkap digandingkan bersama samping dari material songket atau kain pelekat. Jika diperhatikan fesyen busana Aidilfitri terkini, lebih banyak baju Melayu moden dikeluarkan menjadi pilihan lelaki kota yang gemarkan stail berbeza. Namun, persoalannya, wajibkah berbaju Melayu?

1. Masih kekalkan tradisi 

Mungkin ramai yang lupa, baju Melayu bukan hanya digayakan orang Melayu bahkan kalangan bangsa Cina dan India sediakan sekurang-kurangnya sepasang baju Melayu dalam koleksi pakaian mereka.

Meskipun baju Melayu terkenal dengan pakaian tradisional orang Melayu sejak dulu, penggunaannya begitu meluas sehingga kini pun masih dijadikan pakaian ‘wajib’ dalam majlis tertentu. Terutama pada Jumaat, jalan raya ‘indah’ apabila jejaka Melayu memakainya ke pejabat ataupun menghadiri kuliah.

Oleh kerana tradisi itu masih dikekalkan sehingga kini, baju Melayu pastinya tidak ditelan zaman. Apa yang diperhatikan ialah perubahan corak dan rekaan yang lebih moden serta ‘hipster’ demi memenuhi kehendak segelintir lelaki yang dahagakan busana tradisional dengan trend lebih moden. 

2. Kegilaan gadis 

Ramai yang menganggap kenyataan ini sedikit melampau. Namun, tanyalah mana-mana gadis, pastinya mereka terpikat dengan jejaka Melayu lengkap berbaju Melayu. Bagi segelintir wanita, lelaki dilihat lebih kemas, sopan dan jelas terpancar budaya ketimuran.

Oleh itu, pemakaian baju Melayu tidaklah dianggap sebagai terlalu tradisional tapi ia diterima pakai masyarakat sehingga kini. Malah, lelaki yang memakainya tampak lebih tampan. Ini kerana rekaan baju Melayu yang tidak terlalu ketat dan sesuai dengan saiz badan biarpun pemakai memiliki tubuh agak besar atau lebih kecil.

3. Tahu asal usul 

Dua jenis baju Melayu menjadi keutamaan lelaki iaitu baju Melayu cekak musang dan jenis teluk belanga. Biarpun ada antara kita dibesarkan dalam suasana ‘Barat’, tidak menjadi alasan memilih untuk tak ambil peduli sejarah pemakaian busana tradisional ini. Persalinan lengkap Aidilfitri ini digayakan dengan samping dan seluar panjang.

Walaupun ada yang memakai bersama jean dan seluar lain, ia pastinya tampak lengkap dengan seluar panjang yang sama corak dengan baju itu sendiri. Samping dipakai panjang hingga ke buku lali dengan bahagian disingkatkan untuk menampakkan seluar di bahagian dalam. Namun kini, ia biasanya dilipat sehingga ke paras lutut sesuai dengan remaja lelaki sekarang.

Melengkapkan gaya ini ialah aksesori kepala iaitu songkok yang tampak lebih eksklusif dan formal berbanding kopiah.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfdg6V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Patutkah Berbaju Melayu?

Sekianlah artikel Patutkah Berbaju Melayu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Patutkah Berbaju Melayu? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/patutkah-berbaju-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Patutkah Berbaju Melayu?"

Catat Ulasan

Loading...