Loading...

Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah

Loading...
Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah
link : Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah

Baca juga


Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah


BANGKOK: Langkah mempertingkat usaha memerangi aktiviti penyeludpan dadah akan menjadi agenda utama dalam mesyuarat tahunan dua hala antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia minggu depan.

Bandaraya Chiangrai di utara Thailand yang terletak di pinggir kawasan 'Segitiga Emas' sengaja dipilih untuk menjadi tuan rumah mesyuarat itu bermula daripada 11 hingga 14 Julai.

"Kami mengadakan mesyuarat di Chiangrai kerana kami mahu menunjukkan kepada rakan sejawatan kami dari Malaysia mengenai landskap penyeludupan dadah di Segitiga Emas dan laluan penyeludupannya agar mereka dapat melihat sendiri apa wajah sebenar Segitiga Emas," kata Ketua Pegawai Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB), Sirinya Sitdichai kepada Bernama.

Kawasan Segitiga Emas merangkumi utara Myanmar dan Laos yang terkenal sebagai wilayah pengeluaran dadah utama dunia sejak berdekad lalu.

Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNODC) menganggarkan candu terus dihasilkan pada peringkat tinggi di Segitiga Emas di Laos dan utara Myanmar yang mempunyai ladang seluas 60,000 hektar yang mengeluarkan 20 peratus bekalan global.

Segitiga Emas turut semakin menjadi kilang terbesar dunia bagi penghasilan dadah sintetik.

Menurut Sirinya yang akan mengetuai delegasi Thailand ke mesyuarat itu, Malaysia akan diketuai Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat dua hala itu tahun lalu.

"Kami akan berbincang (di Chiangrai) masalah penyeludupan dadah selain kerjasama dalam perkongsian risikan," katanya dan menambah mesyuarat itu akan turut dihadiri Biro Penindasan Narkotik Thailand (NSB) dan pihak polis sempadan selatan.

Malaysia dan Thailand akan meneroka segala bentuk kerjasama bagi memerangi masalah dadah antara kedua-dua negara, kata Sirinya. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tTvz5Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah

Sekianlah artikel Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pegawai-malaysia-thai-tingkat-usaha.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pegawai Malaysia-Thai Tingkat Usaha Perangi Penyeludupan Dadah"

Catat Ulasan

Loading...