Loading...
Judul : Pelancaran Roket Kedua China Gagal
link : Pelancaran Roket Kedua China Gagal
Pelancaran Roket Kedua China Gagal
BEIJING - CHINA . China kelmarin mengumumkan, pelancaran sebuah roket berkuasa tinggi yang direka untuk membawa satelit komunikasi ke orbit sebagai tidak berjaya.
Direka khas untuk mengangkut komponen stesen angkasa lepas dan peralatan komunikasi satelit, Long March-5 Y2 adalah roket pengangkut kedua milik Beijing yang mampu membawa muatan sehingga 25 tan atau 16 buah kereta pada setiap misi.
Ia dilancarkan pada jam 7.23 malam (waktu tempatan) kelmarin dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di wilayah Hainan.
"Keabnormalan dikesan semasa roket sedang terbang. Siasatan lanjut akan dijalankan," menurut laporan agensi berita Xinhua.
Dalam perkembangan lain, China mengecam pelayaran kapal perang Amerika Syarikat (AS) berhampiran Laut China Selatan dan menyifatkannya sebagai provokasi politik dan ketenteraan yang serius.
"Pihak China menggesa AS untuk segera hentikan operasi provokatif seperti itu yang melanggar kedaulatan dan mengancam keselamatan Beijing.
Kami juga akan melakukan segala diperlukan untuk mempertahan negara," jelas jurucakap kerajaan. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tkG531
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pelancaran Roket Kedua China Gagal
Sekianlah artikel Pelancaran Roket Kedua China Gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelancaran Roket Kedua China Gagal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pelancaran-roket-kedua-china-gagal.html
0 Response to "Pelancaran Roket Kedua China Gagal"
Catat Ulasan