Loading...
Judul : Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel
link : Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel
Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel
Seorang pelancong warga India ditemukan maut selepas bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 di sebuah hotel di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, mangsa Hitesh Oswal, 25, dipercayai membuka pintu tingkap sebelum terjun dari tingkat 12 dan jatuh di tingkat lima hotel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata mangsa yang menginap di hotel terbabit datang ke Sabah sejak tiga hari lalu bersama keluarga angkat beliau.
Menurutnya, mangsa turut dipercayai mempunyai masalah peribadi dengan keluarganya di India dan berada dalam kemurungan sebelum mengambil tindakan membunuh diri. “Pemeriksaan pada tubuh mangsa serta di lokasi kejadian oleh pegawai penyiasat mendapati tiada sebarang kesan unsur jenayah dalam kejadian ini.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk siasatan lanjut dan kedutaan India turut dimaklumkan mengenai kejadian ini untuk urusan selanjutnya,” katanya di sini kelmarin. Pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uIcccv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel
Sekianlah artikel Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pelancong-india-maut-terjun-dari.html
0 Response to "Pelancong India Maut Terjun Dari Tingkat 12 Hotel"
Catat Ulasan