Loading...

Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo

Loading...
Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo
link : Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo

Baca juga


Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo



KUCHING: Pemimpin politik di Sarawak perlu bersabar dan tidak mudah merajuk dalam parti masing-masing, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, sebagai contoh beliau tidak mungkin dapat bertahan dalam politik sehingga hari ini tanpa pengorbanan.

Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata dengan mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam politik dan sepanjang tempoh itu, beliau telah menempuhi pelbagai cabaran namun berjaya mengatasinya sehingga hari ini.

“Sebagai contoh, apabila Pehin Sri Taib memilih Datuk Patinggi Tan Sri Adenan sebagai penggantinya, saya sokong dan saya tidak merajuk meskipun saya adalah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada masa itu.

“Sekarang saya pula menggantikan Tok Nan, dan sebagai Ketua Menteri serta Pengerusi BN saya akan memastikan pasukan ini bekerja dengan baik.

“Pemimpin terdahulu telah membentuk asas kerajaan yang kukuh dan sekarang kita perlu menguruskan negeri ini dengan cara baharu daripada ekonomi konvensional kepada ekonomi digital,” katanya pada Majlis Ulang Tahun Ke-58, Parti Rakyat Bersatu Sarawak ini(SUPP) Cawangan Kuching di sini malam kelmarin.

Tambahnya, yang juga Presiden PBB, apabila PBB berhadapan masalah pada era Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, rakan-rakan dari SUPP tampil membantu.

Begitu juga sebaliknya, apabila SUPP berhadapan dengan masalah, PBB akan membantu menyelesaikannya secara baik di belakang tabir dengan semangat adik-beradik.

“Saya masih ingat ketika saya 11 tahun, mendiang Tan Sri Ong Kee Hui yang merupakan Presiden SUPP ketika itu berbincang dengan bapa saya mengenai Malaysia.

“Jika bapa saya dan pemimpin terdahulu SUPP boleh bekerjasama sebagai adik-beradik, maka kita sebagai pemimpin masa kini dalam PBB dan SUPP juga harus bekerja dengan semangat itu,” katanya. – Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgpfCm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo

Sekianlah artikel Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pemimpin-perlu-bersabar-tidak-mudah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemimpin Perlu Bersabar Tidak Mudah Merajuk – Abang Jo"

Catat Ulasan

Loading...