Judul : Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia
link : Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia
Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia
Penerbit filem Pak Pong, Raja Mohammad Mohd Ismail meninggal dunia di rumah ibunya di Villa Suria, Warisan Puteri Sikamat ketika solat Jumaat tadi.
Abang sulung Allahyarham, Mohd Yassin ketika dihubungi berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.40 petang di samping ibu dan dua anak perempuannya.
“Pagi tadi keadaannya biasa sahaja dan sempat berbual dengan kami sekeluarga. Cuma keadaannya memang sudah kritikal sebelum ini.
“Kami reda dan saya memohon supaya semua mendoakan arwah adik saya pergi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, di hari yang penuh barakah ini,” katanya.
Allahyarham Raja Mohammad disahkan menghidap penyakit kanser kulit tahap empat sejak Februari lalu selepas mengadu sering mengalami sakit badan.
Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, penerbit filem itu dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jafar Seremban (HTJS) selepas selesai menjalani pembedahan usus dan sejak itu keadaan kesihatannya tidak lagi menentu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said di Sikamat petang ini.
The post Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSIFA9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia
Anda sekarang membaca artikel Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/penerbit-filem-pak-pong-meninggal-dunia.html
0 Response to "Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia"
Catat Ulasan