Judul : PENJELASAN MUFTI MENGENAI ISU LELAKI CABUL POSTER GADIS IKLAN SHELL
link : PENJELASAN MUFTI MENGENAI ISU LELAKI CABUL POSTER GADIS IKLAN SHELL
PENJELASAN MUFTI MENGENAI ISU LELAKI CABUL POSTER GADIS IKLAN SHELL
Baru-baru ini media sosial kecoh dengan isu lelaki cabul poster gadis iklan Shell. Mungkin pada mereka ia dianggap sekadar melawak, namun apa yang berlaku mereka teruk dikecam dan sebagainya.
Memetik sumber info mStar Online, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan beberapa individu yang bertindak ‘mencabul’ poster gadis iklan Shell supaya bertaubat.
Jelasnya, kaum lelaki yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandangan dan menjaga maruah mereka. Tindakan ‘mencabul’ poster iklan wanita terbabit adalah perlakuan yang memalukan, menjatuhkan maruah dan tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim yang baik.
“Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap ‘standee’ wanita tersebut wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik,” katanya.
Terdahulu, iklan gadis Shell ditarik semula berkuat kuasa serta-merta awal bulan ini susulan tindakan beberapa individu tidak bertanggunjawab melakukan aksi tidak senonoh dan ‘mencabul’ poster tersebut sehingga tular di media sosial.
Zulkifli berkata, kaum wanita juga perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku. Tambah beliau, apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah perlu dielakkan.
“Justeru, kami melihat usaha Shell menarik kembali ‘standee’ berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat.
“Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan,” katanya.
Menurut Zulkifli, mempamerkan akhlak mulia merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat.
“Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi,” katanya.
Category: INFO SEMASA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uGX8N4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel PENJELASAN MUFTI MENGENAI ISU LELAKI CABUL POSTER GADIS IKLAN SHELL
Anda sekarang membaca artikel PENJELASAN MUFTI MENGENAI ISU LELAKI CABUL POSTER GADIS IKLAN SHELL dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/penjelasan-mufti-mengenai-isu-lelaki.html
0 Response to "PENJELASAN MUFTI MENGENAI ISU LELAKI CABUL POSTER GADIS IKLAN SHELL"
Catat Ulasan