Loading...

Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik

Loading...
Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik
link : Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik

Baca juga


Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik





Pemangku Ketua Pemuda UMNO Semporna Ahmad Marzuki Nasir mengutuk tindakan pihak tertentu yang menularkan klip video menunjukkan beliau dan ayahnya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran duduk bersebelahan dengan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika solat sunat Aidilfitri baru-baru ini.

Ahmad Marzuki berkata klip video berkenaan berbaur politik dan menganggap pihak yang menularkannya sudah kehilangan idea untuk memecahbelahkan perpaduan UMNO Semporna yang kini di bawah kepimpinan Datuk Seri Nasir.

“Pertuduhan sebegini menunjukkan sikap pihak tersebut yang tidak matang dan cuba melaga-lagakan hubungan kekeluargaan ahli-ahli UMNO Semporna. Saya harap masyarakat khususnya rakyat Semporna boleh membezakan antara soal ibadah dalam agama, hubungan kekeluargaan dan juga politik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Marzuki berkata fitnah seperti itu tidak harus terjadi ketika umat Islam meraikan Aidilfitri dan menyambut kemenangan setelah berjaya melaksanakan rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadan.

Justeru Ahmad Marzuki memohon semua pengguna media sosial agar bersama-sama membanteras dan menolak penularan video fitnah yang tidak bertanggungjawab itu.

Katanya beliau juga amat menghargai usaha Pergerakan Pemuda UMNO Sabah di bawah pimpinan Yamani Hafez Musa yang bersama-sama menolak penularan fitnah tersebut sejak hari pertama disebarkan.

Ahmad Marzuki berkata saf kepimpinan Pemuda UMNO Semporna dan seluruh ahlinya tetap berdiri teguh di bawah kepimpinan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Katanya Pemuda UMNO Semporna akan terus bekerja untuk rakyat demi memastikan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Semporna terus kekal di bawah Barisan Nasional.

Ahmad Marzuki menegaskan bahawa meskipun beliau ada hubungan kekeluargaan dengan Shafie namun amat jelas sejak memangku jawatan (Pemuda), kesetiaan saf kepimpinan UMNO Semporna tetap utuh dan tidak berbelah bagi kepada parti UMNO yang merupakan tunjang utama kerajaan Barisan Nasional.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tK54yW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik

Sekianlah artikel Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/penularan-klip-video-solat-aidilfitri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penularan Klip Video Solat Aidilfitri Berbaur Politik"

Catat Ulasan

Loading...