Judul : Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Ziyad Zolkefli
link : Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Ziyad Zolkefli
Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Ziyad Zolkefli
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli atas kejayaannya meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, Sabtu.
Ziyad Zolkefli Lakar Satu Lagi Rekod Dunia
“Tahniah @yardzolkefli , menang pingat emas di #London2017 dan sekali lagi pecah rekod dunia ! #kebanggaanku #Negaraku #MAS,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, hari ini.
Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun lepas iaitu 16.48m.
Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfa6Vl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Ziyad Zolkefli
Anda sekarang membaca artikel Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Ziyad Zolkefli dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/perdana-menteri-ucap-tahniah-kepada.html
0 Response to "Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Ziyad Zolkefli "
Catat Ulasan