Loading...
Judul : Permintaan minyak dunia diramal susut
link : Permintaan minyak dunia diramal susut
Permintaan minyak dunia diramal susut
SINGAPURA: Harga minyak susut pada awal dagangan pagi ini apabila Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berkata ia menjangkakan permintaan minyak mentah susut tahun depan, sambil pesaingnya bakal mengeluarkan lebih banyak minyak.
Ia menunjukkan pasaran berlebihan pada 2018 di sebalik usaha untuk menyempitkan pasaran.
Niaga hadapan minyak mentah Brent mencecah AS$47.64 pada 0133 GMT, turun 10 cent, atau 0.2 peratus, berbanding penutup terakhirnya.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$45.37 setong, turun 12 cent, atau 0.3 peratus.
OPEC lewat semalam berkata dunia memerlukan 32.2 juta tong sehari (bpd) minyak mentah daripada negara anggotanya tahun depan, susut 60,000 bpd dari tahun ini apabila pengguna meningkatkan pilihan bekalan dari luar OPEC.
Sementara itu, OPEC berkata, outputnya meningkat 393,000 bpd pada Jun kepada 32.611 juta bpd. Kenaikan dipimpin oleh Nigeria dan Libya.
Ia berlaku di sebalik janji OPEC mengurangkan output sebanyak 1.2 juta bpd antara Januari tahun ini dan Mac 2018, manakala Russia dan pengeluar bukan OPEC lain berkata akan mengurangkan separuh daripada jumlah itu. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukYq3v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Permintaan minyak dunia diramal susut
Sekianlah artikel Permintaan minyak dunia diramal susut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Permintaan minyak dunia diramal susut dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/permintaan-minyak-dunia-diramal-susut.html
0 Response to "Permintaan minyak dunia diramal susut"
Catat Ulasan