Loading...

Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif

Loading...
Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif
link : Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif

Baca juga


Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif

KUALA LUMPUR: Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) perlu sedar sebarang perpecahan akan merencatkan strategi untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr Afif Bahardin berkata, ia sekali gus menjadi penghalang usaha untuk memerintah negara yang diimpikan mereka selama ini.

"Perkara ini perkara asas yang kita perlu sedar, rakyat mahukan perubahan.

"Satu lagi langkah, adakah rakyat akan mengundi pembangkang dalam PRU akan datang? Jadi ini semua pimpinan dalam pakatan pembangkang perlu sedar dan kita perlu ambil pendirian itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

BACA: Pengerusi Pakatan Harapan: PKR ambil pandangan semua - Azmin

BACA: Pakatan Harapan mahu jelajah seluruh negara, perjelas isu 1MDB

Dr Afif mengulas beberapa isu mengenai krisis dalam Pakatan Harapan akhir-akhir.

Pada Rabu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, negeri itu akan terus ditadbir Pakatan Rakyat yang kini sudah dibubar kerana ia mandat yang diberikan rakyat.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud di Selangor pada masa ini.

Ia disokong Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang berkata bahawa gabungan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

Pakatan Harapan ditubuhkan pada September 2015 oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas Pas memutuskan hubungan dengan DAP pada Julai 2015 yang menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.

Dalam pada itu jelas Dr Afif, Pakatan Harapan kini perlu meneruskan mandat yang diberi rakyat pada pilihanraya lepas.

"Itu apa yang kita buat di Selangor dan Pulau Pinang. Mandat yang kita ada itulah kita. Kita dipilih rakyat.

"Sekarang ini kita perlu tunjukkan apa yang kita boleh tawar kepada rakyat," ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan parti itu menjadi punca pakatan pembangkang gagal bersatu dalam Pakatan Harapan.

Menurutnya, apa yang berlaku kini bukannya disebabkan Pas, malah bila timbul polemik dalam Pakatan Rakyat dahulu, Pas sudah memberi gambaran awal bahawa parti Islam tidak boleh dipersalahkan dalam hal tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tOFcCo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif

Sekianlah artikel Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/perpecahan-rencatkan-kemenangan-ph-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perpecahan rencatkan kemenangan PH pada PRU14 - Dr Afif"

Catat Ulasan

Loading...