Loading...

'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan

Loading...
'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan
link : 'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan

Baca juga


'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan



PUTRAJAYA : Perkhidmatan pembeli peribadi atau ‘personal shopper’ melalui kecanggihan teknologi komunikasi semakin popular dalam kalangan mereka yang kesuntukan masa untuk membeli-belah atau yang tidak mahu bersesak ketika jualan murah.

Daripada pakaian dan aksesori peribadi, hinggalah peralatan perhiasan rumah dan barangan dapur, serahkan sahaja tugas membelinya kepada pembeli peribadi dengan bayaran upah berpatutan.

Seorang pembeli peribadi, Nazziatul Hikmah Abd Rahman, 30, berkata kerjaya itu menjanjikan kepuasan tersendiri dan pendapatan lumayan jika perkhidmatan yang disediakan menepati kehendak pelanggan.

"Saya mendapat satu kepuasan dan gembira apabila dapat membeli-belah walaupun barangan yang dibeli bukan untuk diri sendiri, selain dapat menjana pendapatan sampingan," katanya kepada Bernama baru baru ini.

Beliau yang bertugas dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah berkata beliau mula menyediakan perkhidmatan membeli perabot dan barangan perhiasan rumah IKEA di ibu negara sejak Februari 2016, selepas memuat naik gambar beberapa barangan jenama itu dalam laman Facebooknya.

"Rakan-rakan memuji barangan tersebut dan meminta saya membelikan untuk mereka," kata Nazziatul Hikmah.

Lazimnya beliau akan ke ibu negara dua kali sebulan bersama rakan atau adiknya selepas mengiklankan barangan yang ditawarkan dalam laman Facebook dan Instagram.

Seorang lagi pembeli peribadi, Ainul Farahana Mustapa, 37, menjadikan ia kerjaya sepenuh masa selepas kontrak kerjanya di sebuah syarikat antarabangsa tidak disambung.

Sebagai peminat industri hiburan Korea, beliau membuat keputusan menjadi pembeli peribadi untuk barangan dari negara itu seperti alat solek, produk penjagaan kulit dan barangan K-pop.

Beliau yang telah beberapa kali melawat negara itu sebelum menjadi pembeli peribadi berkata, beliau mendapat kepuasan melakukan sesuatu yang diminati di samping menjana pendapatan.

"Paling seronok apabila pelanggan memberi maklum balas positif dan ada ketikanya mereka memesan barangan yang langsung tidak pernah saya dengar dan pelik seperti anak patung Korea dan produk penjagaan kulit yang tiada di Malaysia," katanya.

Lazimnya beliau akan memesan barangan tersebut daripada pembekal yang dikenalinya dari negara itu dan kadangkala beliau sendiri akan ke Korea Selatan untuk mendapatkan barangan tersebut sambil melancong.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uMhEen

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel 'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan

Sekianlah artikel 'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/personal-shopper-semakin-popular-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Personal Shopper' Semakin Popular, Beri Kepuasan"

Catat Ulasan

Loading...