Loading...

Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator'

Loading...
Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator'
link : Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator'

Baca juga


Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator'


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, Lim Kit Siang cukup takut status ‘diktator’ beliau dalam Dap hilang jika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu diadakan semula.

Oleh sebab itu katanya, Lim Kit Siang sukar menerima arahan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya Dap mengadakan semula pemilihan tersebut.

“Dia takut statusnya sebagai seorang diktator Dap hilang, sebab itu dia seperti takut untuk berbuat demikian,” katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.my.

Syed Ali menasihatkan Lim Kit Siang supaya mnenerima hakikat bahawa pemilihan CEC pada 29 September 2013 adalah tidak sah.

“Jika Dap ikut demokrasi, kena buat semula, tapi saya rasa Lim Kit Siang takut sebenarnya, sebab itu dia serang ROS.

“Kalau dah tidak sah, kena buat semula sepertimana arahan ROS, apa yang dia takut sangat, barangkali takur status diktatornya hilang”, ujarnya.

Tambah Syed Ali, Dap sepatutnya mencontohi UMNO dengan mengadakan semula pemilihan parti apabila diarahkan berbuat demikian.

“Dia kena terima hakikat ROS kata buat pemilihan semula, dia kena buat pemilihan semula. Sama seperti UMNO dulu.

Untuk rekod, pendaftaran UMNO pernah dibatalkan pada tahun 1987 ekoran perebutan jawatan presiden parti membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

“Kita (UMNO) disuruh buat pemilihan semula kita buat, sebab UMNO berpegang kepada prinsip demokrasi,” katanya.

Menurut beliau, anggapan ROS sebagai mengarut oleh Lim Kit Siang amat keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin politik veteran parti rasis itu.

Semalam ROS telah mengarahkan Dap mengadakan semula pemilihan jawatankuasa CEC kerana pemilihan lalu dianggap tidak sah.

Mengulas lanjut, Syed Ali menyelar tindakan Dap yang menyerang ROS serta menyalahkan kerajaan berhubung perkara tersebut.

“Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai,” katanya sambil menyifatkan Lim Kit Siang hanya pandai bercakap.

“Kit Siang ini saya nak kata dia ini hanya pandai bercakap sahaja, bila kena pada muka sendiri dia cakap lain dan macam-macam,” ujarnya.

Syed Ali turut menyangkal dakwaan Dap kononnya UMNO telah mempengaruhi ROS berhubung pembatalan pemilihan tersebut.

“Kenapa pula UMNO nak mempengarugi ROS, dulu pun pendaftaran UMNO dibatalkan dan kita tidak ada masalah untuk mengadakannya semula?

“Mungkin Lim Kit Siang takut status diktatornya hilang, sebab jika dibuat semula pemilihan, akan ada yang hilang jawatan, lagi pun ahli Dap sendiri menyampah dengan beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu juga turut mengingatkan ahli parti dicperingkat akar umbi supaya sentiasa kukuh dan mengekalkan semangat perpaduan.

Katanya, jika akar umbi tidak kukuh ianya akan memberi kesan kepada peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pusat.

“Akar umbi kena kukuh, lagipun musuh cuba hancurkan UMNO daripada dalam, ini kita kena berwaspada,” tegasnya.-Malaysian Digest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3ZV0B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator'

Sekianlah artikel Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pertikai-ros-kit-siang-takut-hilang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pertikai ROS: Kit Siang Takut Hilang Status 'Diktator'"

Catat Ulasan

Loading...