Loading...

Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap

Loading...
Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap
link : Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap

Baca juga


Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap


WASHINGTON: Insiden pesawat Air Canada hampir mendarat di laluan rayap yang sesak sedang disiasat pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS).

Siasatan itu dilancarkan selepas pesawat berkenaan diberi kebenaran untuk mendarat di landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

"Pesawat Airbus A320 milik Air Canada sudah mendapat kelulusan untuk mendarat di landasan 28-kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco sebelum tengah malam, pada Khamis lalu.

"Bagaimanapun, juruterbang secara tidak sengaja beratur untuk mendarat di laluan rayap C, yang terletak selari dengan landasan kapal terbang terbabit.

"Berikutan itu, pengawal trafik udara terpaksa mengarahkan pesawat Air Canada keluar dari laluan rayap itu dan ia berjaya mendarat dengan selamat selepas membuat cubaan kedua," kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan.

Ketika insiden berlaku, sebanyak empat pesawat sedang bersiap sedia untuk berlepas di laluan rayap C, sebelum menara kawalan mengarahkan pesawat Air Canada yang membawa 135 penumpang dan lima anak kapal itu menukar haluannya.

Sementara itu, siasatan FAA bertujuan mengetahui jarak penerbangan AC759 pesawat Air Canada yang dalam perjalanan dari Toronto ke San Francisco dengan lain-lain pesawat yang sedang bersiap sedia di laluan rayap C.

Menurut akhbar The Mercury News yang memetik pakar penerbangan, kejadian itu mungkin mengakibatkan kemalangan yang dahsyat, tetapi ia berjaya dielakkan sebelum ia berlaku. "Jika ia berlaku, ia mungkin akan menjadi antara tragedi terburuk dalam sejarah industri penerbangan.

"Kalau anda boleh bayangkan sebuah pesawat Airbus bertembung dengan empat pesawat penumpang bersaiz besar, penuh dengan bahan bakar dan penumpang, kemudian bayangkan bagaimana teruknya kalau kejadian ini berlaku," kata bekas juruterbang United Airlines, Ross Aimer kepada The Mercury News. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ugGh6F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap

Sekianlah artikel Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pesawat-air-canada-hampir-mendarat-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pesawat Air Canada Hampir Mendarat Di Laluan Rayap"

Catat Ulasan

Loading...