Loading...

Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi

Loading...
Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi
link : Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi

Baca juga


Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi



Ibarat bangunan milik warga asing apabila segenap ruang pusat beli-belah peralatan elektronik terkenal di bandar ini, Plaza Low Yat dipenuhi golongan berkenaan yang membuka kedai menjual gajet dan komputer tanpa sebarang masalah. 

Ironinya aktiviti berkenaan hidup sejak beberapa tahun lalu, namun dilihat semakin berkembang sejak akhir-akhir ini apabila kebanyakan kedai membaiki telefon bimbit dan menjual komputer kini dipelopori warga Pakistan, Bangladesh dan Nepal.

Tinjauan media di pusat beli-belah berkenaan mendapati kebanyakan mereka sudah membuka kedai sejak lima tahun lalu dengan menyewa tapak perniagaan daripada individu lain. Malah, ada antara mereka menggunakan taktik berkahwin dengan warga tempatan supaya boleh menjalankan perniagaan bagi mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkaitan.

Pemilik kedai membaiki telefon bimbit yang dikenali sebagai Adnan berasal dari Pakistan berkata, dia berkahwin dengan isterinya lima tahun lalu sebelum membuka perniagaan terbabit. “Kedai ini menggunakan nama isteri dan pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan tidak boleh mengambil tindakan kerana kami berpura-pura hanya menjadi pekerja saja.

“Tindakan itu turut dilakukan oleh beberapa warga asing lain di plaza ini, namun hakikatnya mereka sebenar adalah pemilik kedai berkenaan yang menyewa atau menggunakan nama warga tempatan hanya untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya yang memperoleh pendapatan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.

Seorang lagi penjual komputer terpakai dikenali sebagai Muhammad Abdurahman berasal dari Bangladesh berkata, awalnya dia bekerja di sebuah kedai alat komunikasi di plaza berkenaan sebelum membuka perniagaan sendiri dua tahun lalu.

“Sebenarnya mudah saja mahu buka kedai di negara ini, cuma perlu menggunakan khidmat warga tempatan yang dipercayai dan memberikan mereka sejumlah wang setiap bulan untuk tujuan berkenaan.

“Jika pihak berkuasa datang buat serbuan, kami akan berpura-pura sebagai pekerja kedai sahaja manakala ‘tauke’ keluar atau tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) Yusoff Azmi berkata, pihak berkaitan perlu mengambil langkah drastik dengan membuat pemeriksaan seterusnya menahan warga asing yang didapati menyalahguna pas lawatan atau pelajar untuk menjalankan perniagaan di bandar raya ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukNWRp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi

Sekianlah artikel Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/plaza-low-yat-bukan-milik-malaysia-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Plaza Low Yat Bukan Milik Malaysia Lagi"

Catat Ulasan

Loading...