Loading...
Judul : Polis Buru Penyamun Syazana
link : Polis Buru Penyamun Syazana
Polis Buru Penyamun Syazana
Polis memburu dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang menjadi suspek kes samun di Kampung Masjid, Bangi, Jumaat lalu yang mengakibatkan remaja perempuan parah.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, melalui keterangan saksi, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan kini sedang giat memburu dua lelaki itu.
"Seorang suspek berkulit gelap dan ketinggiannya 170 sentimeter (cm) manakala seorang lagi berkulit gelap dan bertocang.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun megakibatkan kecederaan," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zazali Kenek di talian 019-7100662 atau Balai Gerakan Kajang di 03-87336580.
Jumaat lalu, Syazana Amirah Asshaari, 14, diserang dengan menggunakan senjata tumpul hingga mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala dan rahang mangsa.
Difahamkan seorang suspek menunggu di luar rumah, manakala seorang lagi memecah masuk rumah mangsa sebelum mencederakan remaja itu dan melarikan dua telefon bimbit dan dompet milik ibunya.
Dua suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal Yamaha 100.
Mangsa yang juga anak keempat dari enam beradik itu mengalami kecederaan parah dan empat giginya juga patah berikutan insiden itu.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ucJwvV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Polis Buru Penyamun Syazana
Sekianlah artikel Polis Buru Penyamun Syazana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Buru Penyamun Syazana dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/polis-buru-penyamun-syazana.html
0 Response to "Polis Buru Penyamun Syazana"
Catat Ulasan