Loading...
Judul : PRU14 : Duit Tidak Dapat Beli Pilihan Raya - Dr Sim
link : PRU14 : Duit Tidak Dapat Beli Pilihan Raya - Dr Sim
PRU14 : Duit Tidak Dapat Beli Pilihan Raya - Dr Sim
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata salah satu pengajaran yang dipelajari daripada mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem adalah duit bukan faktor utama untuk memenangi pilihanraya.
Memetik laporan Free Malaysia Today, Dr Sim menjelaskan prestasi yang terbaik daripada kalangan ahli politik adalah tunjang utama untuk meraih undi di kalangan masyarakat.
"Politik di era 2017 ini bukan mengenai berapa banyak wang yang anda miliki. Duit tidak dapat membeli Piliharaya Umum ke-14," katanya.
Dr Sim turut menjelaskan meskipun Adenan telah tiada, beliau yakin partinya akan terus mengorak langkah dalam meningkatkan prestasi parti disamping keupayaan SUPP untuk mengekalkan undi kaum Cina sekarang
"Untuk SUPP, kami telah diberi peluang untuk memimpin. Justeru, mulai sekarang kami akan terus berkhidmat untuk semua masyarakat.
"Saya berusaha menjadi seorang pemimpin yang baik sama seperti yang dilakukan Adenan. Malah saya cuba untuk memanfaatkan kepakaran semasa saya bekerja di pusat jantung ke dalam bidang politik," katanya.
Dr Sim berkata, mereka sangat bersyukur mempunyai seorang bekas Ketua Menteri seperti Adenan.
"Beliau merupakan seorang ahli politik yang bijak dan tahu kepentingan yang utama. Beliau tidak banyak bercakap tetapi beliau mendengar. Dari situ beliau berfikir daripada apa yang beliau dengarkan.
"Jika anda duduk dengan dengar beliau, satu masa anda terpaksa bertanya adakah beliau sedang mendengar. 'Pendengaran saya lebih baik jika mata tertutup' katanya. Tetapi kadang-kadang saya merasakan beliau sedang tidur," ujar Dr Sim sambil berseloroh.
Dr Sim adalah seorang pakar kardiologi ketika aktif memasuki dunia politik dengan bertanding di kerusi DUN Pending pada tahun 2011.
Namun beliau kemudiannya hilang menyepi tapi kembali semula pada Pilihanraya Negeri ke-11 dengan merampas kembali kerusi Batu Kawah dari Christina Chiew Wang See (DAP) memperoleh majoriti 2085 undi.
BN Sarawak berjaya memenangi 72 daripada 82 kerusi, satu kejayaan yang mengagumkan dan sebahagian besarnya dikreditkan kepada "faktor Adenan". - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tf6Wzh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel PRU14 : Duit Tidak Dapat Beli Pilihan Raya - Dr Sim
Sekianlah artikel PRU14 : Duit Tidak Dapat Beli Pilihan Raya - Dr Sim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14 : Duit Tidak Dapat Beli Pilihan Raya - Dr Sim dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pru14-duit-tidak-dapat-beli-pilihan.html
0 Response to "PRU14 : Duit Tidak Dapat Beli Pilihan Raya - Dr Sim"
Catat Ulasan