Loading...
Judul : PRU14 : MIC Pantau Calon Disenarai Pendek
link : PRU14 : MIC Pantau Calon Disenarai Pendek
PRU14 : MIC Pantau Calon Disenarai Pendek
MIC akan memantau calon yang sudah disenarai pendek oleh parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata, pemantauan itu membabitkan penilaian prestasi calon selain melihat sama ada calon berkenaan boleh diterima oleh penduduk di satu-satu kawasan tersebut.
"Walaupun kita sudah kenal pasti calon, namun ia bukanlah satu jaminan kepada mereka (calon) kerana kita tidak teragak-agak untuk menukar calon yang sudah disenaraikan jika gagal menunjukkan prestasi terbaik.
"Jika mereka berjaya memenangi hati rakyat, ia adalah petanda positif MIC akan mampu meraih sekurang-kurangnya enam kerusi Parlimen nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat anjuran MIC Kulim Bandar Baharu di sini malam tadi yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, turut mengulangi kenyataannya bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan mampu memenangi enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada PRU14 nanti.
Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan kepada gerak kerja secara teratur yang dibuat jentera MIC misalnya melalui aktiviti mendaftar pemilih baharu dan program turun padang bersama badan bukan kerajaan (NGO).
Pada PRU13, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN yang ditandingi oleh parti kaum India itu.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v5TFa7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel PRU14 : MIC Pantau Calon Disenarai Pendek
Sekianlah artikel PRU14 : MIC Pantau Calon Disenarai Pendek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14 : MIC Pantau Calon Disenarai Pendek dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/pru14-mic-pantau-calon-disenarai-pendek.html
0 Response to "PRU14 : MIC Pantau Calon Disenarai Pendek"
Catat Ulasan