Loading...

"Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau

Loading...
"Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau
link : "Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau

Baca juga


"Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau



Beberapa penduduk kampung ibarat mendapat durian runtuh selepas sebuah lori membawa lebih 3,000 kilogram muatan ikan terbalik di Kilometer 30.9 Jalan Ranau-Tamparuli berdekatan Kampung Kaung Lapai, di sini, awal pagi kelmarin. 

Kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu berlaku apabila lori enam tan jenis Nissan Condo dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Ikan basung seberat 800 kilogram yang dibawa di setiap tong tumpah di tepi jalan dan beberapa penduduk yang kebetulan melalui jalan itu untuk ke kawasan ladang serta penduduk yang tinggal berhampiran lokasi kejadian, mengambil kesempatan untuk memungut ikan basung yang bertaburan di tepi jalan.

Kejadian itu turut menarik perhatian media sosial selepas beberapa keping gambar kejadian dimuat naik di laman sosial serta ditularkan di aplikasi WhatApps.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintenden Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pemandu lori warga tempatan berumur 53 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kejadian.

“Kejadian berlaku apabila lori yang dipandu oleh mangsa dalam perjalanan untuk menghantar ikan dari arah Lahad Datu ke QL Marine Tuaran. Sebaik sampai di lokasi kejadian, lori berkenaan gagal dikawal semasa menuruni bukit yang berselekoh sebelum rebah ke sebelah kanan jalan dan muatan ikan turut tertumpah di tepi jalan berkenaan,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Menurutnya kemalangan terbabit menyebabkan satu lorong jalan ditutup kira-kira dua jam lebih bagi membersihkan sepenuhnya laluan berkenaan. “Keadaan lalu lintas di lokasi kejadian berjalan dengan lancar semasa kemalangan walaupun hanya satu lorong yang digunakan berikutan kejadian berlaku pada awal pagi dan kenderaan juga masih sedikit di kawasan terbabit.

“Selepas lori dialihkan menggunakan jentera berat jam 7.30 pagi kemudian, laluan di kedua-dua arah jalan sudah boleh digunakan sepenuhnya,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uQVVSH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel "Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau

Sekianlah artikel "Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/rezeki-terpijak-penduduk-kampung-kaung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Rezeki Terpijak" Penduduk Kampung Kaung Lapai, Ranau"

Catat Ulasan

Loading...