Judul : Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi
link : Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi
Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi
Dalam kejadian sekitar 10 pagi itu, mangsa Osman Oda, 63, dipercayai mengalami sakit jantung ketika mengikuti program kayuhan Fit Malaysia di sini dan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan sekitar 10.29 pagi berkenaan insiden warga emas yang berasal dari Hutan Melintang itu.
"Pihak polis menerima laporan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Hutan Melintang dan dijadikan maklumat awal."Siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan peserta kayuhan basikal 30km dalam Fit Malaysia dan mengalami sesak nafas serta dibantu dua pegawai perubatan sebelum dibawa ke klinik Hutan Melintang.
"Bantuan kecemasan diberikan namun mangsa gagal diselamatkan dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian adalah serangan jantung," katanya kepada pemberita.
Menurut Wan Hassan, pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dan unsur-unsur jenayah yang berlaku.
Jelas beliau, mangsa juga mempunyai sejarah sakit jantung dan menerima rawatan beberapa kali di Institut Jantung Negara (IJN) selama hampir setahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXLP2h
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi
Anda sekarang membaca artikel Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/riadah-berbasikal-warga-emas-berakhir.html
0 Response to "Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi"
Catat Ulasan