Loading...
Judul : Ringgit Dijangka Pulih Secara Beransur-ansur - RHB
link : Ringgit Dijangka Pulih Secara Beransur-ansur - RHB
Ringgit Dijangka Pulih Secara Beransur-ansur - RHB
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka pulih secara beransur-ansur memandangkan mata wang tempatan itu menyusut melebihi nilai asasnya, kata RHB Research Institute.
Ini berikutan aliran masuk dana secara berterusan ke negara ini yang mendorong rizab tukaran asing (forex) meningkat sebanyak US$900 juta kepada US$98 bilion, sehingga 30 Jun, 2017.
Namun katanya dari segi ringgit, rizab tukaran asing negara merosot RM8.5 bilion kepada RM424.8 bilion dalam tempoh yang sama, selepas diselaraskan berdasarkan kerugian kadar tukaran.
"Ringgit mengukuh sedikit pada awal Julai, apabila bank-bank pusat utama dunia mahu meningkatkan kedudukan dasar monetari yang lebih ketat, manakala Rizab Persekutuan US menaikkan kadar faedah pada 15 Jun, "kata firma penyelidikan itu dalam notanya hari ini.
Rizab Forex kekal mencukupi berdasarkan standard antarabangsa, dan pada paras semasa, rizab tukaran wang asing Malaysia mencukupi untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
"Jumlah lebihan kecairan - termasuk perjanjian belian semula (REPO) - yang diserap oleh Bank Negara Malaysia (BNM), susut pada Jun.
"Ini berpunca daripada penurunan dalam jumlah pinjaman antara bank pusat, repo dan penerbitan bil BNM, " katanya. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3Y8ZG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ringgit Dijangka Pulih Secara Beransur-ansur - RHB
Sekianlah artikel Ringgit Dijangka Pulih Secara Beransur-ansur - RHB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ringgit Dijangka Pulih Secara Beransur-ansur - RHB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/ringgit-dijangka-pulih-secara-beransur.html
0 Response to "Ringgit Dijangka Pulih Secara Beransur-ansur - RHB"
Catat Ulasan