Loading...
Judul : Ringgit Teruskan Momentum Meningkat
link : Ringgit Teruskan Momentum Meningkat
Ringgit Teruskan Momentum Meningkat
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum meningkat apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dipengaruhi faktor geopolitik dan laporan mengenai minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) AS.
Pada jam 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2940/2970 berbanding dolar AS daripada 4.2950/2990 semalam.
Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga, berkata ketegangan geopolitik yang berpunca daripada pelancaran peluru berpandu Korea Utara menggalakkan pelabur mengambil sikap lebih berhati-hati.
"Kemunculan semula ketegangan geopolitik di Asia, perkembangan di Britain dan ketidakstabilan politik berterusan di Washington membuat keadaan perdagangan meliar pada suku ketiga 2017," katanya.
Minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan semalam tidak memberikan pandangan baharu mengenai prospek bagi kadar faedah AS, walaupun kebanyakan pembuat dasar Rizab Persekutuan AS bersetuju dengan keperluan untuk menaikkan kadar faedah. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uMo8tX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ringgit Teruskan Momentum Meningkat
Sekianlah artikel Ringgit Teruskan Momentum Meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ringgit Teruskan Momentum Meningkat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/ringgit-teruskan-momentum-meningkat.html
0 Response to "Ringgit Teruskan Momentum Meningkat"
Catat Ulasan