Loading...
Judul : Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton
link : Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton
Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan, beliau tidak mampu menghalang Wayne Rooney daripada kembali ke Everton selepas penyerang itu sendiri memohon untuk keluar dari Old Trafford.
Meskipun beliau merupakan peminat Rooney, namun Mourinho terpaksa melepaskan pemain tersebut bagi membolehkan Rooney kembali ke pasukan lamanya dengan kontrak selama dua tahun.
“Sebenarnya ia bukan rahsia lagi bahawa saya sangat meminati Rooney kerana dia merupakan pemain yang boleh dijadikan contoh kepada pemain-pemain muda dan saya yakin dia akan dikenang dalam lipatan sejarah United.
“Bukannya mudah buat seorang pemain hebat apabila tidak selalu beraksi. Jadi, saya tidak mampu menghalang hasratnya untuk kembali menyertai Everton. Saya harap dia terus cemerlang pada masa depan,” kata Mourinho.
Kekosongan ditinggalkan Rooney bakal diisi penyerang Everton, Romelu Lukaku yang dikatakan sudah melepasi ujian perubatan bersama United.
Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward turut mengalungkan penghargaan terhadap sumbangan yang diberikan Rooney sepanjang 13 musim bersama skuad The Red Devils itu.
“Wayne (Rooney) sudah menjadi pemain yang hebat bersama United dan sentiasa menunjukkan aksi terbaik sejak menyertai kami. Saya mewakili jutaan peminat di seluruh dunia berharap dia terus beraksi dengan baik dalam kariernya,” ujar Woodward.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJPGPY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton
Sekianlah artikel Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/rooney-sendiri-minta-dilepas-sertai.html
0 Response to "Rooney Sendiri Minta Dilepas Sertai Everton"
Catat Ulasan