Loading...
Judul : Saya kehilangan seorang kawan - TPM
link : Saya kehilangan seorang kawan - TPM
Saya kehilangan seorang kawan - TPM
PETRA JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan pemergian Datuk Daud Abdul Rahman sebagai kehilangan besar dalam pengurusan agama Islam khususnya di Sarawak.
Beliau berkata, bekas Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak itu seorang yang prihatin dengan hal ehwal Islam dan anak yatim sepanjang kariernya dalam politik.
Ahmad Zahid berkata, Allahyarham cukup mementingkan pendidikan Islam ketika menjawat jawatan dalam pentadbiran Sarawak.
"Kami rapat ketika saya ditugaskan menjaga hal ehwal Islam sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beliau (Allahyarham Daud) pula memegang portfolio sama mewakili Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi jenazah Allahyarham Daud di kediamannya di Larut Skim Jalan Matang Jaya, Matang, di sini, malam ini.
Ahmad Zahid meluangkan masa 30 minit menziarahi jenazah dan bertemu balu dan anak Allahyarham.
Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg. Allahyarham Daud, 66, meninggal dunia kerana sakit jantung di sebuah hospital swasta di Kuching jam 4.30 petang ini.
Jenazahnya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita, Petra Jaya, pagi esok.
Sementara itu, Abang Johari berkata, pemergian Allahyarham Daud satu kehilangan besar kepada Sarawak.
Beliau berkata, banyak sumbangan yang diberikan sepanjang Allahyarham memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong dan Menteri Muda dalam pentadbiran Sarawak.
"Kami rapat sejak sekolah dan pemergiannya begitu dirasai kerana saya dan Allahyarham bergiat aktif dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) satu masa dulu.
"Pemergiannya begitu dirasai rakyat negeri ini dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya," katanya. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgZXmg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Saya kehilangan seorang kawan - TPM
Sekianlah artikel Saya kehilangan seorang kawan - TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya kehilangan seorang kawan - TPM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/saya-kehilangan-seorang-kawan-tpm.html
0 Response to "Saya kehilangan seorang kawan - TPM"
Catat Ulasan