Judul : Sweet Qismina sambut lebaran ala kadar
link : Sweet Qismina sambut lebaran ala kadar
Sweet Qismina sambut lebaran ala kadar
LAZIMNYA, kedatangan 1 Syawal disambut dalam suasana penuh meriah, namun berbeza pula buat pelakon berbakat besar, Sweet Qismina.
Hal ini kerana, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Hikayat Putera Shazlan ini terlibat dalam kemalangan ngeri sekali gus menjadi penyebab kepada kematian kakaknya, Farhanna Qistina, dua tahun lalu.
Mengakui masih trauma, pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi ini bagaimanapun reda dengan suratan takdir yang ditetapkan.
“Sejujurnya, saya masih terkesan lagi dengan peristiwa yang telah berlaku walaupun dah dua tahun berlalu.
“Dan semuanya masih terasa segar dalam ingatan, bagaikan baru saja terjadi,” katanya pada Media Hiburan.
Lebih terkesan, anak keempat daripada lima beradik ini bukan sahaja kehilangan kakaknya tetapi juga seorang rakan baik.
“Hubungan saya dan kakak sangat rapat memandangkan jarak umur yang tak jauh beza.
“Malah, saya dan dia juga selalu meluangkan masa bersama-sama tak kiralah dalam apa-apa aktiviti sekalipun.
“Kami bukan saja membesar sama-sama bahkan kami juga berkongsi dalam semua perkara. Kakak bagaikan rakan baik saya.
“Sebab itu kehilangan dia secara mengejut menyebabkan saya bagaikan hilang kata-kata,” katanya.
Akibat kejadian itu, Sweet Qismina mengakui sambutan Syawalnya menjadi semakin tawar dan hambar.
Tambahan pula, bapanya, Supandi Mohammad telah dijemput Ilahi akibat serangan jantung, hampir 10 tahun lalu.
“Jika sebelum ini, saya dan keluarga hanya menziarahi pusara bapa, tetapi kini ada dua kubur perlu dilawati.
“Sebab itu, kami hanya berada di Kuala Lumpur pada hari raya pertama.
“Lebaran juga hanya disambut secara ala kadar saja lebih-lebih lagi selepas kematian kakak,” katanya.
Bahkan, pelakon drama bersiri Misteri Wan Peah ini mengakui jiwanya terasa kosong apabila menyambut hari kemenangan umat Islam itu lantaran teringatkan ahli keluarga yang telah tiada.
“Saya reda dengan apa yang terjadi tetapi tak boleh mengelak daripada berasa sedih dan sayu setiap kali tibanya Syawal.
“Sebab itu, saya tak mampu untuk beraya sakan pada hari raya pertama kerana kemalangan itu masih melekat dalam fikiran,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon Cinta Masam Manis ini tetap pulang beraya di Muar, Johor dan Sekinchan, Selangor bertujuan untuk menziarahi sanak-saudara yang lain.
Fokus pengajian
Dalam pada itu, biarpun sedang berada di puncak populariti, Sweet Qismina lebih selesa untuk memberi sepenuh perhatian terhadap soal pendidikannya.
Kini, selebriti berusia 20 tahun ini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Segi.
“Saya lebih selesa membuat satu-satu perkara pada satu-satu masa.
“Dan sekarang, saya hanya mahu menghabiskan pengajian terlebih dulu.
“Saya yakin pada rezeki dan langsung tiada rasa ralat kerana mengutamakan ilmu,” katanya yang sebelum ini dikenali sebagai Sweet Farhana.
Bahkan, katanya, keluarganya juga begitu mementingkan soal pendidikan biarpun agak terbuka dalam soal seni.
“Buat masa ini, saya akan memperlahankan aktiviti berlakon untuk lebih berfokus dalam pelajaran.
“Saya hanya akan berlakon mengikut kesesuaian masa,” katanya.
Atas faktor itu, pelakon drama bersiri Sayang Papa Saya Tak ini lebih selesa menjadi pengacara kerana jadual yang fleksibel dan tidak menuntut tempoh komitmen panjang.
Dalam perkembangan lain, Sweet Qismina sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 50 episod, Cinta Koko Coklat.
The post Sweet Qismina sambut lebaran ala kadar appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ux4O3o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Sweet Qismina sambut lebaran ala kadar
Anda sekarang membaca artikel Sweet Qismina sambut lebaran ala kadar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/sweet-qismina-sambut-lebaran-ala-kadar.html
0 Response to "Sweet Qismina sambut lebaran ala kadar"
Catat Ulasan