Loading...
Judul : Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara
link : Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara
Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara
Ketua pengarah Kastam berkata, ketika ini, seramai 7,143 majikan dan pengarah syarikat berada dalam senarai dilarang ke luar negara kerana mempunyai tunggakan GST.
Datuk Subromaniam Tholasy yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, ketika ini, seramai 7,143 majikan dan pengarah syarikat berada dalam senarai sekatan itu kerana mempunyai tunggakan GST.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga yang tidak membayar GST membuat semakan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mengetahui jika nama mereka disenarai hitamkan.
“Jika peniaga sudah melangsaikan GST, Jabatan Kastam akan segera meminta Jabatan Imigresen mengeluarkan nama mereka daripada senarai itu.”
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipetik Sin Chew Daily berkata, sehingga November 2016, lebih 700,000 individu disenarai hitamkan pelbagai agensi ke luar negara.
Beliau berkata, kebanyakannya ialah mereka yang tidak membayar cukai pendapatan, pinjaman PTPTN dan individu diisytiharkan muflis.
“Jabatan Imigresen tidak membezakan jenis cukai. Jika ada orang tidak membayar cukai negara, tidak kira cukai pendapatan individu, syarikat atau GST, kami akan mengikut arahan dikeluarkan agensi berkaitan.
“Jika mahkamah memerintahkan seseorang itu tidak boleh ke luar negara, Jabatan Imigresen juga akan mematuhinya.”
Mengikut Akta GST 2014, peniaga yang tidak membayar GST akan dilarang ke luar negara sehingga mereka menjelaskan tunggakan itu.
Agensi kerajaan lain yang turut menyediakan senarai sekatan itu ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri, PTPTN, Bank Negara, Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Tenaga Manusia serta Kedutaan Malaysia di luar negara.- FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uQnATM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara
Sekianlah artikel Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tak-bayar-gst-juga-diharamkan-ke-luar.html
0 Response to "Tak bayar GST juga diharamkan ke luar negara"
Catat Ulasan