Loading...
Judul : Tak Sempat Rompak, Lelaki Maut Jatuh Tingkat 4
link : Tak Sempat Rompak, Lelaki Maut Jatuh Tingkat 4
Tak Sempat Rompak, Lelaki Maut Jatuh Tingkat 4
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat empat Blok 45, Flat Perumahan Taman Ungku Tun Aminah di sini, ketika cuba melarikan diri selepas gagal memecah masuk sebuah kediaman di situ, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata dalam kejadian jam 7.10 pagi, pengadu membuat laporan polis memaklumkan ternampak seorang lelaki memecah masuk rumahnya.
Katanya, menyedari kehadiran pengadu, suspek melarikan diri dengan memanjat tembok sambil memegang besi tembok di tingkat empat berkenaan.
"Besi tembok yang dipegang lelaki itu kemudian patah dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya di kawasan bangunan berkenaan.
"Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan cedera parah di bahagian belakang kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang tiba di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd Taib berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memiliki empat rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t29wKd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tak Sempat Rompak, Lelaki Maut Jatuh Tingkat 4
Sekianlah artikel Tak Sempat Rompak, Lelaki Maut Jatuh Tingkat 4 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak Sempat Rompak, Lelaki Maut Jatuh Tingkat 4 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tak-sempat-rompak-lelaki-maut-jatuh.html
0 Response to "Tak Sempat Rompak, Lelaki Maut Jatuh Tingkat 4"
Catat Ulasan