Judul : Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk
link : Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk
Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk
KUALA LUMPUR – Penduduk Flat Midah Ria, Taman Midah Cheras, di sini cemas selepas dikejutkan dengan kejadian tanah mendap berhampiran parkir blok kediaman mereka awal pagi ini.
Kejadian pada kira-kira 5 pagi itu turut mengakibatkan dua buah kereta yang diparkir jatuh ke dalam longkang besar yang terletak hampir 100 meter dari blok kediaman itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 6.45 pagi dan tiba di lokasi kejadian 15 minit selepas itu.
“Hasil tinjauan mendapati saliran air pecah dalam tanah mengakibatkan tanah mendap dan terhakis. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.
Pemilik kenderaan Wan Fatimah Wan Long, 28, berkata beliau terperanjat melihat kereta Honda Jazz miliknya berada dalam longkang selepas menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan kira-kira 5.30 pagi tadi.
Jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata ketika kejadian terdapat kira-kira lima kenderaan diletakkan di tempat parkir itu bagaimanapun tiga daripadanya tidak terjejas dan sempat dialihkan, manakala sebuah lagi kereta rosak di bahagian belakang dan bawah.
“Saya terima panggilan daripada pengawal keselamatan dan rakan juga telefon suruh saya turun tengok keadaan kereta. Bila saya turun kereta memang sudah teruk,” katanya yang menambah ia merupakan kejadian kedua berlaku sepanjang 12 tahun beliau menetap di flat berkenaan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uklFdD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk
Anda sekarang membaca artikel Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tanah-mendap-di-cheras-2-kereta-rosak.html
0 Response to "Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk"
Catat Ulasan