Loading...
Judul : Tangani Buli Siber
link : Tangani Buli Siber
Tangani Buli Siber
Negara ini mempunyai lebih 20.1 juta pengguna Internet yang 16.8 juta daripadanya aktif dalam media sosial. Dengan peningkatan penggunaan Internet di Malaysia, risiko salah guna medium terbabit termasuk buli siber sudah menjadi seakan-akan sebati.
Selepas berjaya melancarkan program Digi CyberSAFE di peringkat sekolah, syarikat telekomunikasi terkemuka, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperluaskannya ke peringkat lebih tinggi dengan sasaran pengguna Internet berusia 18 hingga 20 tahun.
Pengurus Program Digi CyberSAFE, Philip Ling berkata tiba masa memperluaskan program ke peringkat tinggi memandangkan maklum balas diterima sebelum ini yang menunjukkan kanak-kanak mangsa buli siber lebih terbuka berkongsi masalah dengan abang atau kakak.
“Golongan inilah yang berumur 18 hingga 20 tahun namun hasil kajian kami menunjukkan 31 peratus (berdasarkan kajian program Be Smart, Use Heart) tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila dibuli,” katanya.
Menurut Ling, jika golongan terbabit tidak mengetahui kaedah untuk berdepan budaya buli, sukar untuk mereka memberi nasihat kepada adik yang memerlukan bantuan mereka. “Dalam kajian sebelum ini, adik bergantung harap kepada abang atau kakak namun jika mereka pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan, ia boleh merumitkan keadaan,” katanya.
Kajian baru Digi terbabit menunjukkan 90 peratus daripada 96 responden setuju mereka berisiko untuk buli siber. “86 peratus tahu risiko gangguan ‘online’ secara seksual dan 40 peratus pula tidak mengetahui bagaimana melindungi diri sendiri apabila berdepan masalah terbabit,” katanya.
Selain itu, 79 peratus pernah menerima bahasa yang kurang enak di online dan 51 peratus pula merasakan pernah menjadi mangsa buli siber. “Sejumlah 65 peratus mengakui menerima mesej nakal ketika bermain game pelbagai pemain dan 25 peratus pula menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial.
“Manakala 38 peratus cuba menyelesaikan sendiri masalah buli siber namun menyedihkan apabila lebih separuh hanya berharap buli terbabit akan berhenti sendiri berbanding mendapatkan nasihat orang lebih dewasa,” kata Ling.
Nasihatnya, berbanding memendam masalah sendirian hingga menjejaskan rutin di rumah dan sekolah, golongan ini perlu memilih untuk berkongsi kesedihan bersama ibu bapa atau orang dewasa malah mengambil langkah bijak dengan membuat laporan polis demi melindungi diri.
Tegasnya, ibu bapa tidak seharusnya menyekat penggunaan Internet, sebaliknya bertanggungjawab memberikan kesedaran bahawa kemudahan berkenaan boleh diguna demi perkara yang membina kapasiti diri, bukan sekadar sosial. Menurut Philip, ibu bapa perlu berbincang secara terbuka bersama anak mengenai penggunaan dan penyalahgunaan Internet.
“Pastinya ibu bapa harus mempersiapkan diri dengan ilmu untuk mendidik anak-anak. Perkembangan dunia teknologi terlalu pantas. Hampir setiap hari wujud kandungan sosial terbaru dan pelbagai fungsi, malah remaja antara individu terawal menguasai aplikasi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, ibu bapa pasti terkejar-kejar mengikuti perubahan itu, tatkala ibu bapa berjaya menguasai aplikasi berkenaan, remaja pula sudah bertukar ke aplikasi berbeza.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia (CSM) Lt Kol (B) Mustaffa Ahmad, berkata ibu bapa perlu menggunakan bahasa mudah dan memulakan perbualan santai, antara langkah awal perlu dilakukan ketika berdepan buli siber di kalangan remaja.
"Jika lebih santai, ia membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pengetahuan, memudahkan perbincangan untuk berbicara mengenai faedah dan risiko penyalahgunaan Internet. Jadi, tindakan ini membuatkan anak lebih selesa untuk berkongsi pengalaman dan mengetahui ibu bapa sentiasa di sisi untuk membantu,” jelasnya.
Beliau juga setuju, ibu bapa dan anak perlu memiliki pengetahuan siber terutama aspek keselamatan serta privasi. “Pendekatan berbincang secara terbuka antara dapat mengurangkan risiko bahaya remaja dalam penggunaan aplikasi online.
“Ibu bapa perlu mengenal pasti risiko setiap aplikasi yang diguna dan penggunaan Internet di tempat terbuka dalam pemantauan keluarga, antara langkah boleh dipraktikkan kepada anak,” katanya.
Anda atau ibu bapa perlu membangkitkan atau bertanya soalan berikut bagi melihat sejauh mana buli siber ini berleluasa:
1. Pernahkah kamu berbalah atau meletakkan entri yang menyinggung di Instagram, Facebook, Twitter atau laman media sosial kamu? Mengapa?
2. Pernahkah kamu memadam sesuatu pos atau komen yang ditulis oleh orang lain di laman kamu?
3. Adakah buli siber kerap berlaku? Adakah kamu rasa selesa jika dapat memberitahu kamu dibuli di alam siber?
4. Adakah kamu rasa sekolah kamu memandang serius buli siber?
5. Pernahkah kamu terpaksa menghubungi guru atau orang lain di sekolah disebabkan ancaman siber? Jika pernah, adakah mereka bertindak dan adakah ia membantu?
6. Adakah sekolah kamu mempunyai cara untuk merahsiakan pelapor buli dan buli siber?
7. Bagaimana kamu menjaga keselamatan diri ketika online?
8. Adakah kamu risau orang membaca tulisan seseorang yang tidak benar mengenai kamu dalam talian tetapi menganggapnya benar?
9. Pernahkah kamu berbual dengan sesiapa secara online yang bukan dari sekolah kamu?
10. Adakah kamu rasa teman akan menyokong kamu jika kamu beritahu dibuli di alam siber?
11. Pernahkah kamu dikritik ketika bermain secara online?
12. Pernahkan kamu terpaksa meninggalkan permainan online kerana seseorang mengganggu (ketika berinternet)?
13. Pernahkah khabar angin mengenai kamu tersebar di sekolah kerana sesuatu yang dikatakan secara online?
14. Dapatkah kamu ketahui siapa yang memulakan khabar angin itu? Apa tindakan kamu selepas mengetahuinya?
15. Pernahkah kamu menyekat sesiapa di online kerana rasa terganggu? Jika pernah, dapatkah ia menghentikannya?
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2son3HT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tangani Buli Siber
Sekianlah artikel Tangani Buli Siber kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tangani Buli Siber dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tangani-buli-siber.html
0 Response to "Tangani Buli Siber"
Catat Ulasan