Loading...
Judul : Tarik Balik Kelonggaran Lulus Bahasa Melayu - Rais
link : Tarik Balik Kelonggaran Lulus Bahasa Melayu - Rais
Tarik Balik Kelonggaran Lulus Bahasa Melayu - Rais
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan diminta menarik balik keputusan melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu (BM) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengisi jawatan pegawai perubatan kontrak UD41.
Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata langkah itu adalah bertentangan dengan undang-undang perkhidmatan awam dan dasar negara selama ini.
Justeru, katanya, beliau sendiri akan menasihatkan kerajaan supaya tidak menyetujui pengecualian itu.
"Kalau tak boleh cakap Melayu macam mana nak rawat orang Melayu dan anggota masyarakat yang lain?
"Doktor (bangsa) Inggeris dulu pun belajar cakap Melayu. Kenapa doktor kontrak tak boleh belajar cakap Melayu? Syarat yang dilonggarkan ini akan jadi amalan "lulus jarum lulus kelindan".
Suatu penurunan yang menghina dasar kebangsaan," katanya dalam mesej Facebook beliau.
Rais berkata jika seorang graduan perubatan boleh mengingat dan belajar ribuan terma perubatan, mengapa timbul masalah pula untuk belajar serta mengingati ayat dan terma BM.
"Mereka itu boleh belajar BM dalam satu bulan. Pihak Kementerian Kesihatan juga boleh adakan sukatan pelajaran bahasa yang mudah dan praktikal," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tkn5l7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tarik Balik Kelonggaran Lulus Bahasa Melayu - Rais
Sekianlah artikel Tarik Balik Kelonggaran Lulus Bahasa Melayu - Rais kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tarik Balik Kelonggaran Lulus Bahasa Melayu - Rais dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tarik-balik-kelonggaran-lulus-bahasa.html
0 Response to "Tarik Balik Kelonggaran Lulus Bahasa Melayu - Rais"
Catat Ulasan