Loading...

Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga

Loading...
Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga
link : Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga

Baca juga


Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga




KUCHING – Taman asuhan kanak-kanak (Taska) di sekitar kawasan terkesan penularan wabak anjing gila atau rabies telah diarahkan supaya berjaga-jaga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata langkah berkenaan perlu diambil bagi mengelak kanak-kanak diserang haiwan seperti anjing atau kucing yang terkena virus tersebut.

“Tidak ada penutupan (taska) tetapi perlu memainkan peranan untuk berjaga-jaga khususnya di kawasan terbabit.

Kita tidak tahu haiwan mana yang membawa virus tersebut jadi buat masa ini jauhkan diri daripada anjing dan kucing paling utama jangan mengacau seperti baling batu dan sebagainya untuk mengelak daripada diserang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang masih dirawat dan dikategorikan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak di sini hari ini.

Pada 4 Jun lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang merupakan adik-beradik, dari Kampung Paon, Sungai Rimu Bakung, Serian, meninggal dunia.

Ketika ditanya mengenai mangsa ketiga itu, Rohani berkata mangsa masih mendapatkan rawatan.

“Mangsa masih menerima rawatan. Berkenaan keluarganya kita akan berikan bantuan kaunseling namun ketika ini mereka (keluarga mangsa) memberi fokus kepada anak mereka, saya rasa berkenaan bantuan kaunseling akan ditentukan kemudian bukan dalam keadaan sekarang,” katanya sambil menambah ibu kanak-kanak tersebut juga dalam tempoh berpantang ketika ini.

Rohani juga memaklumkan dalam lawatan tersebut beliau sempat bertemu seorang lagi kanak-kanak perempuan yang sedang mendapatkan rawatan saringan bagi menentukan sama ada dijangkiti rabies atau tidak. – BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSUtm3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga

Sekianlah artikel Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/taska-di-kawasan-terkesan-rabies_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga"

Catat Ulasan

Loading...