Loading...
Judul : TERKINI: 1 maut, 18 hilang banjir di selatan Jepun
link : TERKINI: 1 maut, 18 hilang banjir di selatan Jepun
TERKINI: 1 maut, 18 hilang banjir di selatan Jepun
ASAKURA: Sekurang-kurangnya seorang mangsa dikhuatiri lemas manakala 18 lain masih hilang dalam banjir besar yang melanda selatan Jepun, dengan pihak berkuasa memberi amaran supaya ribuan penduduk menyelamatkan diri.
Hujan lebat luar biasa menyebabkan air sungai melimpah, menenggelamkan rumah dan jalan raya selain sekolah.
Ribuan anggota tentera dan penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa yang terputus hubungan akibat banjir atau diancam tanah runtuh, ketika peramal kaji cuaca memberi amaran bencana terburuk.
"Kami berada dalam situasi amat serius," kata Timbalan Perdana Menteri Taro Aso, memberi amaran bahaya bukit runtuh selain menambah, 'ramai mangsa masih hilang.'
Agensi meteorologi berkata, lebih 50 sentimeter hujan menenggelamkan sebahagian kawasan di Kyushu, bahagian paling selatan empat pulau utama Jepun dalam tempoh 12 jam semalam.
Hujan lebat akan berterusan sehingga Jumaat, kata agensi itu ketika rantau terbabit bergelut dengan serangan taufan minggu ini.
Jepun menghantar 7,500 anggota polis, kakitangan penyelamat dan tentera di kawasan terjejas di Kyushu, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga.
Reuters dalam laporannya menyebut, 400,000 orang terpaksa dipindahkan akibat limpahan air sungai.
Pihak berkuasa berkata, kehadiran anggota tentera mungkin dilanjutkan sehingga 5,000 orang dan 50 helikopter jika diperlukan. - AFP/Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIE2Zy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel TERKINI: 1 maut, 18 hilang banjir di selatan Jepun
Sekianlah artikel TERKINI: 1 maut, 18 hilang banjir di selatan Jepun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TERKINI: 1 maut, 18 hilang banjir di selatan Jepun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/terkini-1-maut-18-hilang-banjir-di.html
0 Response to "TERKINI: 1 maut, 18 hilang banjir di selatan Jepun"
Catat Ulasan