Judul : Tiada Perkahwinan Lee Si Young
link : Tiada Perkahwinan Lee Si Young
Tiada Perkahwinan Lee Si Young
GOSIP mengenai pelakon Lee Si Young, 35, bakal berkahwin tidak lama lagi mula berterbangan sejak minggu lalu.
Namun, agensi pengurusannya tampil menjelaskan bahawa tidak ada perkahwinan yang akan berlaku pada masa terdekat.
“Memang benar Lee Si Young sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang dan serius untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan usianya sesuai untuk ke arah itu.
“Bagaimanapun, yang pasti tiada lagi perancangan terdekat untuk mengadakan masjlis tersebut seperti yang dilaporkan,” kata wakil agensi pada Rabu.
Tambah lagi, buat masa kini pelakon wanita tersebut sedang sibuk dengan jadual penggambaran drama. Tiada perbincangan mengenai perkahwinan waktu ini.
“Dia pun masih sibuk dengan jadual penggambaran drama dan belum ada masa untuk berbincang tentang hal tersebut,” ujarnya.
Lee Si Young mula bercinta dengan seseorang yang bukan dalam kalangan selebriti sejak pertengahan tahun lalu. Teman lelakinya bekerja dalam bidang industri pemakanan.
Sementara itu, drama lakonan Lee Si Young yang bertajuk Lookout baru sahaja tamat sirinya.
The post Tiada Perkahwinan Lee Si Young appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tl9wjZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tiada Perkahwinan Lee Si Young
Anda sekarang membaca artikel Tiada Perkahwinan Lee Si Young dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tiada-perkahwinan-lee-si-young.html
0 Response to "Tiada Perkahwinan Lee Si Young"
Catat Ulasan