Loading...

‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah

Loading...
‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah
link : ‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah

Baca juga


‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Amanah menyifatkan tindakan kerajaan negeri  Sarawak mencari bahan rujukan berkaitan hak negeri itu mengikut Perjanjian Malaysia di London merupakan langkah tidak bijak.

Salahuddin Ayub  dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu juga memperlihatkan Sarawak terdesak bagi mendapatkan sokongan 2.7 juta rakyatnya dalam isu memperjuangkan hak tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Adalah sangat naif setelah 56 tahun terbentuknya Malaysia, Kerajaan Sarawak tiba-tiba beria-ia mahu mencari sumber rujukan baru sedangkan Perjanjian Malaysia sudah lama ditandatangani dan dilaksanakan,” katanya.

Katanya, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pasti sedar hak Sarawak dari segi kedaulatan, ekonomi, imigresen, bidang kuasa undang-undang dan sebagainya yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Perjanjian Malaysia ditandatangani pihak kerajaan United Kingdom, Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963.

“Hampir 55 tahun Sarawak bersama Malaysia, nampaknya Abang Jo masih jahil perjanjian ini,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak sepatutnya membaca empat sudut Perjanjian Malaysia bagi mengetahui dan menghadamkan hak yang ada pada Sarawak kerana menjadi prinsip undang-undang bahawa segala terma yang dipersetujui ini telah termaktub di dalamnya.

Salahuddin mendakwa, kajian yang kononnya mahu dilakukan di London ialah sandiwara politik murahan Kerajaan BN Sarawak bagi yakinkan rakyat Sarawak kononnya Kerajaan Sarawak mahu membuat tuntutan tambahan terhadap Kerajaan Persekutuan.

Ujarnya lagi, ia sia-sia dan membazir wang rakyat.

“Melainkan ketua menterinya tidak percaya peguam negara lantikan Putrajaya dalam menasihati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sehingga terdesak merujuk ke London,” tegasnya.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi Abang Johari  menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat Sarawak seperti masalah tanah, kesenjangan hak-hak suku kaum, pembangunan luar bandar dan pendidikan anak Sarawak.

“Usahlah mainkan semangat anti-Malaysia dan perasaan rakyat Sarawak dengan mengheret ke kancah sandiwara politik,  sedangkan masalah empirical rakyat Sarawak tidak diselesaikan,” katanya.

Pengamat politik percaya bahawa pasukanyang dihantar kerajaan negeri akan mencari dan mendapatkan dokumen berkaitan di Public Record Office di London.

Arkib berkenaan mempunyai sekitar 600,000 dokumen termasuk dari negara yang pernah dijajah Britian di seluruh dunia.

Ini, kata pemerhati itu, termasuk semua dokumen berkaitan penjajahan di Sarawak dari 1946 hingga 1960-an.

Beliau hairan mengapa menteri muda, timbalan speaker dan hakim dihantar ke London, sedangkan tidak kurang penting ialah sejarawan dan penyelidik yang biasa merujuk dokumen di London.

“Untuk mendapatkan dokumen berkenaan, bukan semudah mendapatkan buku di rak buku di perpustakaan,” kata  seorang penyelidik di sini. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIubCU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel ‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah

Sekianlah artikel ‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tindakan-sarawak-tidak-bijak-jangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Tindakan Sarawak tidak bijak, jangan main sentimen anti-Malaysia,’ kata pemimpin Amanah"

Catat Ulasan

Loading...