Loading...

Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga

Loading...
Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga
link : Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga

Baca juga


Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga



KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata berdasarkan kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia (IKK) 2016, domain perumahan dan persekitaran mencatatkan skor terendah iaitu 6.24 daripada skala maksimum 10 berbanding tujuh domain lain yang terdapat dalam kajian itu.

“Kajian IKK 2016 menunjukkan penduduk Malaysia masih memerlukan kemudahan perumahan yang mampu dimiliki tidak kira di kawasan kampung, mahupun bandar kerana dengan adanya rumah sendiri, kesejahteraan hidup keluarga di negara ini akan bertambah baik.

“Kemudahan yang menjamin persekitaran yang bersih dan selesa juga perlu disediakan bagi membolehkan penduduk Malaysia menikmati kehidupan selesa tanpa pencemaran,” katanya selepas menjadi tetamu dalam program 911 siaran Bernama News Channel sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2017, hari ini.

Tujuh domain lain dalam kajian IKK 2016 ialah Keluarga, Peranan Agama dan Amalan Kerohanian (8.04), Kese­lamatan Keluarga (7.96), Hubung­an Kekeluargaan (7.90), Keluarga dan Keterlibatan Komuniti (7.84), Kesihatan Keluarga (7.18), Ekonomi Keluarga (7.05) serta Keluarga dan Teknologi Komunikasi (6.38).

Rohani berkata susulan kajian itu pihaknya menghantar laporan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri agar tindakan bersesuaian dapat dilakukan di negeri masing-masing bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga di negara ini, sekali gus menaikkan skor indeks kajian IKK 2018 nanti.

Sementara itu, beliau berkata bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2017, program kemasyarakatan Ekofamili 2017 akan dijalankan sepanjang Julai bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga dan komuniti setempat.

Program itu akan dilaksanakan di 14 komuniti terpilih melalui program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti di seluruh Malaysia, yang akan bermula di Beaufort, Sabah 14 Julai ini. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t8aeRv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga

Sekianlah artikel Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tingkat-kemudahan-perumahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tingkat Kemudahan Perumahan, Persekitaran Demi Kesejahteraan Keluarga"

Catat Ulasan

Loading...