Loading...

Tukang jahit didakwa sokong Daesh

Loading...
Tukang jahit didakwa sokong Daesh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tukang jahit didakwa sokong Daesh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tukang jahit didakwa sokong Daesh
link : Tukang jahit didakwa sokong Daesh

Baca juga


Tukang jahit didakwa sokong Daesh



SLIM RIVER: Seorang tukang jahit warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu menggalakkan keahlian, menyokong ideologi dan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, antara Mei hingga Jun lalu.

Tertuduh, Rino Kaswara Kasmar, 34, mengangguk faham sebaik ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Bagi pertuduhan pertama, Rino Kaswara didakwa menggalakkan keahlian di dalam kumpulan pengganas Mujahideen Indonesia Timur (MIT) dan kumpulan pengganas Daesh melalui aplikasi telegram di dalam kumpulan perbualan AnsharulKhilaafah of Filibiin-Indonesia dengan menggunakan nama 'Rijal Mujahideen Minangkabau'.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Medan Niaga, Jalan Pasar, pekan Slim River pada 2 Mei hingga 12 Jun lalu dan dituduh mengikut Seksyen 130G (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun 30 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan berbaiah kepada kumpulan pengganas terbabit melalui aplikasi telegram di dalam kumpulan perbualan sama dan dilakukan di lokasi sama pada 2 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas harta yang digunakannya untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Rino Kaswara didakwa memiliki telefon bimbit jenama Lenovo yang di dalamnya mengandungi item-item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan pengganas Daesh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bazar Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Jalan Pasar, pekan Slim River pada 12 Jun lalu dan dituduh mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan dilucutkan hak item terbabit, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syalia Ain Zainuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nurul Farena menetapkan 7 Ogos ini untuk kes itu disebut semula sementara menunggu izin memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-BHOnline



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tnpnlk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Demikianlah Artikel Tukang jahit didakwa sokong Daesh

Sekianlah artikel Tukang jahit didakwa sokong Daesh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tukang jahit didakwa sokong Daesh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tukang-jahit-didakwa-sokong-daesh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tukang jahit didakwa sokong Daesh"

Catat Ulasan

Loading...