Judul : Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish
link : Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish
Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish
Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Rino Kaswara Kasmar, 34, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Tertuduh didakwa dengan dakwaan mempunyai pengetahuan dan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish dengan menggunakan aplikasi media sosial Telegram ‘Ansharulkhilaafah Filibiin-Indonesia’ yang diwujudkan olehnya di Medan Niaga, Jalan Pasar, Pekan Slim River pada 2 Mei.
Dia didakwa mengikut seksyen 130j(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk melakukan kesalahan itu.Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas Mujaideen Indonesia Timur (MIT) dan kumpulan Daish melalui aplikasi Telegram atas nama Rijal Mujahideen Minangkabau di lokasi yang sama di antara 2 Mei hingga 12 Jun lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 130G (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh dikenakan denda.
Bagi pertuduhan ketiga dia didakwa memiliki telefon bimbit mengandungi unsur-unsur berkaitan kumpulan pengganas Daish di Bazar Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Pekan Slim River 12 Jun lalu dan dituduh mengikut seksyen 130JB (1)(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan berkenaan.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syalia Ain Zainuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Intan Nurul Farena menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2twcWlO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish
Anda sekarang membaca artikel Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tukang-jahit-warga-indonesia-didakwa.html
0 Response to "Tukang jahit warga Indonesia didakwa sokong Daish"
Catat Ulasan