Judul : Tunku Tun Aminah nikah Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos ini
link : Tunku Tun Aminah nikah Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos ini
Tunku Tun Aminah nikah Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos ini
PUTERI Tunggal Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, 31, bakal melangsungkan pernikahannya dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos ini.
Tunku Tun Aminah nikah
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat persandingan pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, hari sama.
“Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Puteri Johor melangsungkan perkahwinannya.
“Perkahwinan Tunku Tun Aminah akan dilangsungkan penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, hari ini.
Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja itu.
“Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran akan diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi mulai 6.30 petang mohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan itu.
“Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos dia Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah,” katanya.
Katanya, Sultan Johor berkenan mewakilkan Sahibus Samahah Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Negeri Johor sebagai wali.
Katanya, majlis perkahwinan dilangsungkan secara tertutup.
Sumber: Harian Metro
Sumber Tunku Tun Aminah nikah Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos ini
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vpVvTD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tunku Tun Aminah nikah Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos ini
Anda sekarang membaca artikel Tunku Tun Aminah nikah Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/tunku-tun-aminah-nikah-dennis-muhammad.html
0 Response to "Tunku Tun Aminah nikah Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos ini"
Catat Ulasan